HomeIsu tempatanMaritim Malaysia tahan bot kargo kecil

Maritim Malaysia tahan bot kargo kecil

Read Time:51 Second

Labuan : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), berjaya menahan sebuah bot kargo kecil di kedudukan 0.4 batu nautika barat laut Pulau Papan, awal pagi semalam.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Nudin Jusoh berkata, hasil pemeriksaan mendapati bot kargo berkenaan didapati telah melanggar syarat lesen (Domestic Shipping License).

“Ketika diperiksa, bot kargo kecil dikendalikan oleh seorang pemandu bot dan telah membawa enam orang penumpang warganegara Malaysia dan Filipina serta berumur dalam lingkungan 29 hingga 45 tahun.

“Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 (MSO) kerana disyaki membawa penumpang menggunakan lesen bot kargo,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nudin berkata, bot terbabit telah ditahan serta pemandu bot dan penumpang dibawa ke jeti Zon Maritim Labuan untuk siasatan lanjut.

Katanya, Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas sebarang aktiviti atau salahlaku jenayah di laut.

“Orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Labuan di talian 087-453777 atau MERS 999 yang beroperasi 24 jam,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 pelajar TARUMT hadir sebagai pemerhati sidang DUN Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya