HomeUtama30 pelajar di DUN Kundasang bakal dipilih lanjut pelajaran di NBUC

30 pelajar di DUN Kundasang bakal dipilih lanjut pelajaran di NBUC

Read Time:1 Minute, 45 Second

RANAU: Seramai 30 pelajar dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang bakal dipilih untuk melanjutkan pelajaran di North Borneo University College (NBUC) menerusi satu program belia anjuran Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) N.36 Kundasang bersama NBUC di Dewan Kampung Timbua, di sini, pada Sabtu.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam menyambut baik program itu.

Program Roadshow Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) itu diadakan bagi merekrut belia dan beliawanis luar bandar melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi selepas menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Antara lain pengisian program ialah kempen menderma darah yang dikendalikan oleh Klinik Kesihatan Malaysia (KKM) Kota Marudu.

Sementara itu, Dr. Joachim mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) DUN Kundasang, Dounis Sani, pihak kolej NBUC dan wakil kakitangan KKM Kota Marudu kerana berjaya menganjurkan program ini.

“Program seperti ini merupakan satu usaha yang amat baik kerana ia dapat membantu penduduk kawasan luar bandar khususnya di sekitar DUN Kundasang.

“Saya dimaklumkan bahawa NUBC juga akan memilih seramai 30 pelajar daripada DUN Kundasang dan mereka ini akan diberikan pinjaman atau biasiswa.

“Sekiranya pihak saya sudah mendapat senarai penama berkenaan, kita akan berusaha membantu dari segi pendaftaran pertama bagi semester pertama yang berjumlah RM9,000 bagi 30 pelajar berkenaan sementara menunggu kelulusan pinjaman pendidikan/biasiswa pada semester kedua,” kata Dr Joachim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan dalam ucapan perasmiannya.

IPTS tersebut menawarkan sijil di peringkat Diploma, Ijazah Sarjana, Ijazah Sarjana Muda dan Doktor Falsafah.

Dr Joachim berharap pihak penganjur mencapai matlamat yang disasarkan dan meminta pihak kolej untuk terus mengadakan lebih banyak program di seluruh kawasan dalam DUN Kundasang dan juga di kawasan lain.

Beliau turut berterima kasih atas sambutan belia dan beliawanis yang hadir dalam program itu.

Hadir sama ialah Naib Canselor NBUC, Prof. Madya Jaisan Julparael, wakil Unit Tabung Darah KKM Kota Marudu yang juga Presiden Persatuan Talasemia Sabah, Francis Mujim; Ketua Anak Negeri, Ketua-ketua Kampung dan Pengerusi Jawatankuasa dan Keselamatan Kampung (JPKK).

Dalam program yang sama, bantuan bakul makanan turut disampaikan kepada 60 ketua isi rumah (KIR) dalam DUN tersebut.

RELATED ARTICLES
Utama

22 rumah musnah dalam kebakaran di Batu 3 Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya