HomeUtama499,149 murid, pelajar di Sabah mulakan hari pertama sekolah

499,149 murid, pelajar di Sabah mulakan hari pertama sekolah

Read Time:1 Minute, 37 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu: Seramai 499,149 murid dan pelajar di seluruh Sabah memulakan persekolahan bagi sesi 2023/2024 yang bermula pada hari ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Sektor Pengurusan Sekolah Abidin Marjan berkata, daripada jumlah itu, seramai 44,386 orang adalah murid tahun satu manakala seramai 45,641 orang lagi adalah pelajat tingkatan satu.

Katanya, selain daripada jumlah itu, seramai 25,260 orang adalah murid prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Jumlah besar yang memulakan sesi persekolahn pada hari ini adalah merangkui 286,111 murid sekolah rendah manakala 213,038 orang lagi adalah pelajar sekolah menengah dan Alhamdulillah, cuaca hari ini baik dan tiada lagi sekolah di Sabah yang terkesan dengan perkara yang menghalang operasinya.

“Jadi, semua 1,270 sekolah di Sabah, masing-masing 1,069 sekolah rendah dan 201 sekolah menengah dibuka pada hari ini dengan seramai 499,149 murid dan pelajar memulakan sesi persekolahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media selepas meninjau operasi hari pertama persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Api-Api, di sini, hari ini.

Abidin berkata, seramai 26,889 orang guru sekolah rendah dan 15,610 guru sekolah menengah atau jumlah keseluruhan 42,499 orang guru terbabit dalam sesi persekolah di Sabah kali ini.

Katanya, sebanyak 40 sekolah swasta yang membabitkan 9,539 murid dan pelajar serta 769 guru turut memulakan sesi persekolahan di Sabah pada hari ini.

Dalam pada itu, Abidin berkata pendekatan tiada kelas akademik pada minggu pertama sesi persekolahan 2023 / 2024 yang ditetapkan KPM dapat memastikan murid dan pelajar lebih ceria dan ke sekolah.

“Minggu ini tiada sesi pengajaran dan pembelajaran (PDP). Kita susun jadual seperti arahan Menteri Pendidikan, memperkenalkan kepada anak-anak supaya seronok dan ceria datang ke sekolah.

“Di SK Api-Api sesi persekolahan dimulakan dengan senam robik bersama ibu bapa, kita seronok. Ini pendekatan terkini kita sama-sama ikuti dan kita lihat sendiri anak ceria ke sekolah,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Jabatan Perhutanan perlu terus tingkatkan kutipan hasil hutan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya