HomeSukanHannah akan pastikan dasar melibatkan sukan dapat beri manfaat kepada Sabah, Sarawak

Hannah akan pastikan dasar melibatkan sukan dapat beri manfaat kepada Sabah, Sarawak

Read Time:1 Minute, 16 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Sandakan: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh akan mengadakan lawatan ke Sabah dan Sarawak pada setiap bulan secara bergilir bagi mewujudkan satu polisi yang tepat dalam membangunkan sukan di dua negeri itu.

Katanya lawatan terus ke lokasi di dua buah negeri itu wajib dilakukan agar dasar yang diwujudkan mampu memberi manfaat kepada Sabah dan Sarawak.

“Saya akan mengadakan lawatan enam kali ke Sabah dan enam kali ke Sarawak dalam satu tahun.  Dengan adanya Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kita bekerja rapat dengan Sabah dan Sarawak, dan saya sendiri akan memberikan komitmen setiap bulan saya akan melawat sama ada Sarawak ataupun Sabah.

“Sudah tentu ianya adalah untuk melihat sendiri kalau tidak datang saya tidak akan faham kalau saya buat polisi dari Putrajaya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Kejohanan Antarabangsa Ragbi Borneo Seven di Sandakan di sini semalam.

Hannah berkata, kementeriannya juga akan sentiasa bekerjasama dan melibatkan Kerajaan Negeri untuk berbincang dan mendapatkan lagi imput semasa berkaitan sukan di Sabah dan Sarawak.

“Bukan itu sahaja, pihak berkuasa tempatan (PBT) juga akan turut dilibatkan dalam setiap perbicangan ke arah pembangunan sukan negara ke arah yang lebih cemerlang,” katanya.

Terdahulu, penganjuran kejohanan ragbi peringkat antarabangsa borneo seven yang diadakan di Sandakan telah mendapat penghargaan besar daripada Kementerian Belia Dan Sukan (KBS).

Hannah berkata, kejohanan berkenaan dilihat berjaya mengangkat nama negara sebagai penganjur sukan ragbi yang berkelas tinggi.

Katanya, terdapat 16 pasukan menyertai kejohanan itu termasuk pasukan luar negara antaranya Thailand, Australia dan Singapura. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Kejohanan bola sepak medan cungkil bakat baharu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular