Maritim Malaysia tahan bot melakukan aktiviti bom ikan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 2 Second

KUDAT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim
Kudat menahan sebuah bot pam tidak berdaftar yang melakukan aktiviti bom ikan di perairan Kudat, pada Sabtu.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Maurice Grenville Abeyeratne berkata, hasil maklumat risikan, pihaknya berjaya mengesan sebuah bot pam yang sedang berapung disyaki melakukan aktiviti mengebom ikan di kedudukan 0.82 batu nautika tenggara Pulau Lingkutan, Banggi, Kudat lebih kurang pukul 11.00 pagi Sabtu.

“Bot peronda Maritim Malaysia telah diatur gerak sejurus menerima maklumat dan menemui sebuah bot sedang berapung di lokasi,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Menurutnya, hasil pemeriksaan ke atas bot terbabit mendapati ia dikendalikan seorang lelaki warga Filipina berusia 57 tahun tanpa sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Turut ditemui bahan letupan serta peralatan mengebom ikan. Bot serta individu terbabit ditahan dan dibawa ke Jeti Marina Kudat untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Zon Maritim Kudat bagi siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan sebarang salah laku jenayah di laut boleh menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Kudat di talian 088-611858 atau talian MERS 999 yang beroperasi 24 jam,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *