HomeEkonomiPengarah, Pengasas Revenue umum lepas jawatan

Pengarah, Pengasas Revenue umum lepas jawatan

Read Time:59 Second

KUALA LUMPUR: Pengarah Bersama Revenue Group Sdn. Bhd, Dino Ng Shih Fang dan Brian Ng Shih Chiow hari ini mengumumkan peletakan jawatan masing-masing, setelah kemelut salah guna kuasa membabitkan seorang lagi pengasas syarikat berkenaan.

“Tidak mudah untuk kami berbuat demikian kerana ini adalah syarikat teknologi yang kami telah asaskan bersama sejak 2003.

“Sedangkan kami adalah perintis kepada penyelesaian pembayaran dan pakar dalam menyediakan platform pembayaran yang sepenuhnya bersepadu untuk mana-mana perniagaan.

Malah Dino dan Brian meluahkan rasa kesal masing-masing terhadap tuduhan yang tidak berasas dilemparkan kepada mereka berkenaan Revenue.

Enggan membiarkan salah faham berlarutan, kedua-dua pengasas berkenaan nekad untuk mempertahankan diri dan yakin kebenaran di pihak mereka.

Mengulas lanjut, Dino dan Brian juga enggan mengiktiraf barisan Lembaga Pengarah Revenue yang terkini.

“Kami tidak mahu menjadi tetamu di rumah kami sendiri, rumah yang kami bina. Sedangkan kebimbangan kami adalah barisan Lembaga Pengarah pada hari ini adalah asing dengan perniagaan teras Revenue.

“Bagaimanapun, kami yakin ini bukan penghujung jalan untuk kami. Masa depan terhadap penyelesaian pembayaran kekal menjanjikan.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada penyokong, pelanggan dan kakitangan kami sepanjang tahun. Kami berharap anda akan terus menyokong kami pada masa akan datang,” ujar mereka lagi.

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular