HomePolitik3,792 ahli dari 75 cawangan pelbagai parti politik umum keluar parti di...

3,792 ahli dari 75 cawangan pelbagai parti politik umum keluar parti di DUN Lamag sertai Gagasan Rakyat

Read Time:1 Minute, 20 Second

KINABATANGAN: Seramai 3,792 ahli daripada 75 buah cawangan mewakili pelbagai parti politik di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, Kinabatangan mengumumkan keluar parti dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) diterajui oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Menurut, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) N.58 Lamag, Johainizamshah Johari mereka menyertai Gagasan Rakyat secara rela hati dan tanpa paksaan daripada mana-mana pihak.

“Keseluruhan ahli-ahli ini menyatakan keyakinan mereka terhadap kepimpinan yang ada sekarang kerana pencapaian yang telah dicapai dibawah pimpinan Ketua Menteri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media pada Majlis Pengisytiharan Menyertai Gagasan Rakyat secara beramai-ramai di Dewan Sri Lamag, Kota Kinabatangan baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Johainizamshah berkata keputusan ini dibuat dengan harapan agar kestabilan politik dapat dibentuk dan agenda mengembalikan hak rakyat Sabah terlaksana dengan jayanya.

Sehubungan itu, beliau percaya dengan kebijaksanaan Hajiji dalam memastikan pelan pembangunan Sabah Maju Jaya sebagai keutamaan sudah pasti ia akan memberi banyak manfaat sekaligus menjadikan negeri terus maju setanding negeri-negeri lain.

“Kami yakin dengan kepimpinan YAB Datuk Seri Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor selaku Ketua Menteri Sabah berdasarkan pencapaian selama dua tahun beliau mentadbir Sabah ini begitu banyak pencapaian dan kita bukan mahu setakat berpolitik secara retorik tetapi kita mahu terutamanya agenda dalam menuntut hak mengembalikan hak orang Sabah dapat terlaksana,” ujarnya.

Beliau berkata, antara sebab utama menarik keyakinan ahli-ahli berkenaan yang mengambil keputusan keluar parti kerana inginkan kemajuan dan kestabilan politik di kawasan tersebut.

Dalam majlis itu, perisytiharan penyertaan secara beramai-ramai ke dalam Gagasan Rakyat oleh ahli-ahli baharu diketuai Matzailan Osup dihadapan Johainizamshah.

RELATED ARTICLES
Utama

22 rumah musnah dalam kebakaran di Batu 3 Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya