HomeIsu tempatanAnggota polis dituduh kes rasuah di Sandakan

Anggota polis dituduh kes rasuah di Sandakan

Read Time:1 Minute, 20 Second

SANDAKAN: Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah di sini, pada Selasa atas tuduhan menerima rasuah berjumlah RM3,500 pada 30 Jun 2021.

Tertuduh, Mohd Razif Hashim, 30, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Jason Anak Juga.

Menurut pertuduhan, pada 30 Jun 2021 jam lebih kurang 11.30 pagi, bertempat di dalam kereta Proton Saga di kawasan berhampiran Pasar Bandar Sibuga Jaya, Batu 8, di dalam Daerah Sandakan, tertuduh telah menerima suapan iaitu wang tunai sebanyak RM3,500.00 daripada Said Shah sebagai dorongan untuk tertuduh memulangkan semula barang-barang milik Said Shah iaitu sebuah motosikal Honda Wave Dash, buku-buku hutang dan dua buah pasport milik Said Shah yang telah tertuduh rampas dalam kejadian langgar pada 27 Jun 2021.

Pertuduhan itu dikemukakan di bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) Akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, Mohd Razif boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan
didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau sepuluh ribu ringgit, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Rekhraj Singh manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM10,000.00 (Deposit RM2,000.00) serta seorang penjamin tempatan.

Manakala tertuduh tidak dibenarkan mengganggu saksi pendakwaan serta dikehendaki melapor diri di Pejabat SPRM Cawangan Sandakan setiap dua bulan sekali dan pasport antarabangsa diserahkan kepada mahkamah.

18 Mei ini ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular