HomeIsu tempatanHari pertama SRAT dipenuhi warna warni keceriaan murid

Hari pertama SRAT dipenuhi warna warni keceriaan murid

Read Time:1 Minute, 43 Second

Tamparuli : Hari pertama persekolahan sesi 2023/24 yang bermula semalam terus diwarnai dengan pelbagai gelagat para murid khususnya kanak-kanak yang baru melangkah masuk ke alam persekolahan.

Keceriaan itu turut terserlah di Sekolah Rendah Advent Tamparuli (SRAT) yang menyaksikan wajah-wajah manis kanak-kanak cilik kelas Tahun 1 yang hadir penuh semangat.

Tinjauan mendapati, sekolah itu memulakan program seawal jam 7.30 pagi dengan sesi suai kenal antara para guru dan murid bertempat di dewan kanopi terbuka SRAT.

Acara yang melibatkan pelajar dari tahun 1 hingga tahun 6 itu kemudian disusuli dengan taklimat peraturan sekolah.Bagi pelajar Tahun 1, mereka turut dibawa melawat ke beberapa kawasan tumpuan termasuk bilik guru, tandas, kantin, dan kelas masing-masing.

Bagi Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SRAT, Salbinous Saribun, beliau menyifatkan acara yang disusun amat bertepatan dalam memastikan murid-murid membiasakan diri dengan suasana alam persekolahan khususnya mereka yang baru berpindah atau memasuki Tahun 1.

“Acara ini merupakan salah satu pengisian daripada penganjuran Program Minggu Pertama Pembukaan Sekolah yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bermula tahun ini.

“Saya bagi pihak PIBG SRAT, menyokong penuh agar-agar program ini diteruskan pada tahun-tahun akan datang.“Ia bukan sahaja menanam minat para murid untuk suka hadir ke sekolah, malah menimbulkan perasaan selesa dan rasa percaya terhadap institusi pendidikan sebagai rumah kedua mereka,” katanya.

Salbinous berkata, libatsama ibu bapa dalam acara yang diadakan turut mengukuhkan lagi hubungan silaturahim antara para guru, kakitangan sekolah dan sesama ibu bapa.

Beliau berkata, hubungan erat yang terjalin membolehkan proses menuntut ilmu diperingkat usia tujuh hingga 12 tahun itu lebih berkesan dengan tanggungjawab dipikul bersama oleh semua pihak.

“Keakraban ini sudah tentu membolehkan anak-anak lebih terbuka untuk memberi pandangan atau melontar idea, dan berani bertanya dan memohon tunjuk ajar apabila ada sesuatu subjek yang kurang difahami.

“Dan akhirnya konsep Malaysia Madani itu sendiri dapat diterap sekali gus dipraktikkan dengan amalan nila-nilai toleransi, saling hormat-menghormati, dan faham-memahami dalam pergaulan tanpa mengira suku, kaum dan agama,” ujarnya yang turut mempunyai anak di Tahun 1 dan Tahun 5 di SRAT. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

‘Dapur Kita-Kita’ bantu ringankan pekerja berpendapatan rendah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular