HomeUtamaPastikan usaha tingkatkan pertahanan perairan Sabah, Sarawak direalisasikan - Dr Daud

Pastikan usaha tingkatkan pertahanan perairan Sabah, Sarawak direalisasikan – Dr Daud

Read Time:1 Minute, 50 Second

BONGAWAN: Kerajaan Persekutuan perlu memastikan usaha meningkatkan pertahanan di perairan Sabah dan Sarawak direalisasikan bagi memastikan kedaulatan negara serta keselamatan rakyat di kedua-dua wilayah itu terjamin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bongawan, Dr. Daud Yusuf berkata, antara usaha itu adalah dengan merealisasikan pembangunan pangkalan Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) di Bintulu, Sarawak.

Menurutnya, ia penting supaya jaringan keselamatan di perairan Sarawak dan Sabah lebih terkoordinasi terutamanya melibatkan armada laut memandangkan pangkalan TLDM turut wujud di negeri ini.

Pada masa sama katanya, Sarawak juga satu-satunya wilayah yang tidak mempunyai pangkalan TLDM sedangkan Sabah memiliki lima pangkalan manakala Semenanjung juga lima.

“Saya menyokong kehadiran pangkalan TLDM di Bintulu, Sarawak yang telah dirancang sebelum ini dan sewajarnya ia segera direalisasikan supaya jaringan keselamatan di kedua-dua wilayah ini lebih terjamin.

“Ia perlu diberi keutamaan kerana turut melibatkan kepentingan negara di perairan Sabah dan Sarawak di Laut China Selatan seperti sektor perikanan serta cari gali minyak dan gas.

“Kedua-dua wilayah ini saling berkaitan, justeru tiada kompromi jika melibatkan keselamatan rakyat, kedaulatan dan kepentingan negara,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.(20 Mac)

Dilaporkan, kerajaan sebelumnya pada tahun lalu telah mengumumkan pembangunan pangkalan TLDM atau MAWILLA 4 dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) bagi memperkukuhkan keselamatan Sabah dan Sarawak.

Pada masa sama, ia mampu meningkatkan keupayaan dan sokongan operasi TLDM yang ketika ini hanya berharap aset TLDM dari Kota Kinabalu dan Sandakan, Sabah termasuk Armada Barat.

Dr. Daud berkata, keperluan sama juga harus ditingkatkan di Sabah khususnya aset ketenteraan sedia ada yang sudah terlalu lama malah tidak mampu menyaingi ancaman ketenteraan moden.

Katanya, antara yang harus dilakukan kerajaan persekutuan dan Kementerian Pertahanan adalah dengan menggantikan jentera tempur laut dan udara atau ditambah dengan peralatan ketenteraan yang lebih baik.

“Keselamatan negara terutamanya di perairan Laut Cina Selatan harus dipertahankan terutama sekali daripada pencerobohan luar seperti China, dan mana-mana negara yang cuba mengganggu kedaulatan negara kita.

“Tiada guna kita tarik ramai pelabur luar ke Sabah, sekiranya keselamatan dan kepentingan rakyat kita tidak terjamin susulan keupayaan pertahanan kita yang amat terhad terutamanya aset tempur yang ‘usang’.

“Justeru, sewajarnya Kerajaan Negeri memastikan kerajaan persekutuan dan Kementerian Pertahanan mengambil perhatian serius perkara ini, jangan sampai ‘sudah terhantuk, baru tengadah,” ujarnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular