HomeUtamaPendaki Jepun hadiri 'mesyuarat' di puncak Gunung Kinabalu

Pendaki Jepun hadiri ‘mesyuarat’ di puncak Gunung Kinabalu

Read Time:33 Second

Kota Kinabalu : Seorang pendaki warganegara Jepun hari ini mencuri tumpuan apabila dia berpakaian lengkap blazer dan bertali leher seakan-akan mahu menghadiri mesyuarat di Gunung Kinabalu.

Pendaki yang dikenali sebagai Sada Nobukata itu tular menerusi beberapa buah video yang dimuat naik oleh ‘rogonnabalu_25’ dilaman aplikasi TikTok yang dipercayai seorang malim gunung.

Difahamkan Nobukata mula mendaki gunung tertinggi negara itu kelmarin dan berjaya sampai ke puncak awal pagi semalam.

Menerusi satu video yang tular, pendaki itu turut memaklumkan bahawa dia mempunyai satu ‘mesyuarat perniagaan’ di puncak Gunung Kinabalu.

Sebelum itu, terdapat juga beberapa pendaki mengenakan pakaian yang telah berjaya mencuri tumpuan pendaki termasuklah penghantar makanan segera. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Mayat terapung ditemui di sungai Kg Iban Merotai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular