Wanita maut, empat cedera ringan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 1 Second

PAPAR: Seorang wanita maut manakala empat lagi mengalami cedera ringan selepas kenderaan yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan di Jalan Gana Kawang dekat sini petang semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 5.47 petang pada Sabtu (25 Mac).

Katanya, sepasukan Bomba dikerah ke lokasi kejadian mendapati satu kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Honda HR-V terbabas sendiri di tepi jalan.

“Terdapat lima orang mangsa terlibat dalam kemalangan telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan Pasukan Bomba di lokasi kejadian.

“Seorang mangsa wanita berusia 35 tahun disahkan meninggal dunia oleh pihak pasukan perubatan di tempat kejadian dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Manakala seorang lelaki, 37, termasuk dua orang kanak-kanak perempuan dan lelaki masing-masing berusia lapan dan tujuh tahun serta seorang warga emas hanya mengalami kecederaan ringan diberikan rawatan awal oleh Pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) seterusnya dihantar ke hospital menggunakan Jentera EMRS dan Ambulans untuk mendapatkan rawatan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, pasukan Bomba turut bertindak membersihkan sisa-sisa kemalangan di atas jalan raya dan setelah memastikan tiada lagi bahaya lain, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 7.19 malam.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *