HomeUtamaKoordinasi operasi pasukan keselamatan di perairan ESSzone terus diperkemas

Koordinasi operasi pasukan keselamatan di perairan ESSzone terus diperkemas

Read Time:1 Minute, 46 Second

Lahad Datu : Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) akan terus memperkasa operasi sanggah dengan memperkemas koordinasi operasi pasukan keselamatan di sekitar perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

Komander ESSCOM Datuk Hamzah Ahmad berkata, ia termasuklah koordinasi operasi bersama jabatan serta agensi penguatkuasaan diperingkat persekutuan dan negeri.

Katanya, Operasi (Op) Gasak Laut dan Darat serta Op Bersepadu (OB) juga akan terus dilaksanakan bagi mengesan, mengekang dan membasmi anasir luar, elemen jenayah rentas sempadan serta kemasukan Pendatant Asing Tanpa Izin (PATI) ke ESSzone. 

“Kita juga akan mengekalkan penugasan pos kawalan di daratan iaitu di Road Check Point (RCP) Sapi Nangoh dan Kalabakan bagi tujuan pemeriksaan kenderaan dan Sea Check Point (SCP)’ bagi pemeriksaan ke atas kapal dan bot di perairan Kudat, Sandakan, Semporna dan Tawau.

“Manakala bagi lokasi strategi yang berada jauh dari penempatan poa kawalan, kita akan menggunakan teknologi keselamatan antaranya seperti sistem radar bagi tujuan pengesanan dan pengawasan di lokasi-lokasi strategik di ESSzone,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Hari Ulang Tahun ke-10 (HUT10) ESSCOM di sini hari ini.

Hamzah berkata, pihaknya juga merancang untuk meningkatkan lagi tahap kesiagaan pasukan keselamatan dengan pembinaan pangkalan bot ronda polis di Sungai Seguntur Sandakan di bawah Rolling Plan Ketiga (RP3) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe12) tahun 2023.

Katanya, selain itu pihaknya juga akan terus memperkasa kawalan sempadan dengan penambahan pos baharu dan aset-aset keselamatan yang terkini melalui permohonan projek baharu fizikal dan bukan fizikal.

“Ia adalah melalui Rolling Plan keempat (RP4) RMKe12 2024 merangkumi penambahan pos kawalan, forward operation base dan perolehan aset taktikal yang baharu.

“Kita juga merancang untuk mengukuhkan dan memperluas kerjasama dengan pihak berkenaan serta pihak berkuasa dari negara-negara jiran seperti Westmincom (Filipina) PNP (Filipina) dan Polri (Indonesia) dengan keterlibayan dalam program Indomalphi Trilateral Coopertive Arrangement (TCA) dan seumpamanya.

“Ia adalah melibatkan pertukaran dan perkongsian maklumat perisikan melalui jaringan komunikasi yang berkesan,” katanya.

Dalam pada itu, Hamzah berkata, ESSCOM juga akan terus memperhebat penglibatan segebal lapisan masyarakat supaya bersama-sama kerajaan menjaga keselamatan negara.

“Dalam masa yang sama memperkukuhkan lagi semangat patriotisme rakyat melalui program-program ESSCOM yang akan datang,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Juliah santuni anak-anak istimewa PPDK Tuaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya