HomeUtamaSabah tuan rumah Persidangan Multiple District 308 Lions 2024 ke-62

Sabah tuan rumah Persidangan Multiple District 308 Lions 2024 ke-62

Read Time:1 Minute, 57 Second

KOTA KINABALU: Sabah akan menjadi tuan rumah Persidangan Multiple District 308 Lions 2024 ke-62 akan berlangsung pada 24 hingga 28 April 2024, menjadikan negeri itu lebih dikenali oleh perwakilan dalam lawatan sulung mereka ke sini, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew.

Beliau berkata, jangkaan penyertaan kira-kira 1,500 pemimpin dan ahli Lions dari seluruh dunia akan menjadi petanda baik untuk rangsangan pelancongan dan pemulihan ekonomi selepas pandemik Covid.

Multiple District 308 terdiri daripada Malaysia, Negara Brunei dan Singapura dengan sejumlah 473 Kelab Lions dan 14,000 ahli.

“Ia adalah masa yang sesuai untuk mempromosikan jenama destinasi baharu Sabah yang dilancarkan baru-baru ini – Feel Sabah, North Borneo. Alangkah baiknya penganjur memasukkan pelekat slogan ini apabila mereka memasarkan pakej konvensyen mereka kepada potensi
perwakilan untuk pendaftaran.

“Selain konvensyen, saya akan menggalakkan para peserta untuk mengambil peluang ini untuk meneroka pemandangan dan budaya Sabah sebelum atau selepas acara itu,” kata Liew selepas kunjungan hormat delegasi enam anggota yang diketuai oleh Naib Gabenor Pertama Wilayah District 308-A2 Ronny Hiew awal minggu ini.

Hiew memberi taklimat kepada Christina mengenai Konvensyen 2024, bahawa ia adalah acara tahunan terbuka kepada peserta di peringkat global, dan boleh diadakan di mana-mana negeri di Malaysia, Singapura atau Brunei.

“Majlis Gabenor telah mengesahkan bahawa Kota Kinabalu akan menjalankan penganjuran Persidangan Multiple District 308 Lions 2024 ke-62, Kelab Lions Sabah akan menjadi penganjur.

“Purata bilangan peserta pada tahun-tahun lepas ialah 2,000. Kami menjangkakan sekurang-kurangnya 1,500 pendaftar untuk konvensyen itu. Kami mempunyai peserta dari China, Taiwan, Hong Kong, Jepun, Singapura, Brunei, Filipina, Indonesia dan Thailand dalam konvensyen lepas,” kata Hiew dari Lions Club of Keningau Mandarin.

Dalam mesyuarat itu, turut hadir Setiausaha Tetap Kementerian Datuk Mohd Yusrie Abdullah, Timbalan Setiausaha Tetap I Mary Malangking dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sabah (STB) Noredah Othman.

Sementara itu, mengenai program Kempen Kesedaran Diabetes, District Chairperson (DC), Datuk Margaret Lim berkata, turut membincangkan kemungkinan kerjasama dengan Kementerian untuk menjayakan konvensyen 2024 itu nanti.

Menurut Lim, aktiviti yang dicadangkan untuk perwakilan konvensyen termasuk pertandingan golf dan projek khidmat masyarakat, antara lain.

Christina memberi jaminan kepada penganjur sokongan daripada kementeriannya dan STB mengikut kapasiti mereka.

Delegasi itu termasuk DC Dr Andrew Sim (Hunger Relief), DC Rekha Notaney (Projek Luar Bandar), DC Rebecca Chong (Kesedaran Kanser Pediatrik) dan Datuk Melvin Disimond (Presiden terdahulu, Kelab Lions Penampang).

RELATED ARTICLES
Utama

Juliah santuni anak-anak istimewa PPDK Tuaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya