HomeUtamaAhli-ahli Majlis Daerah, PBT diminta bersama Kerajaan jayakan Hala Tuju SMJ

Ahli-ahli Majlis Daerah, PBT diminta bersama Kerajaan jayakan Hala Tuju SMJ

Read Time:1 Minute, 55 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Tawau : Kerajaan negeri mahu semua ahli-ahli Majlis Daerah yang baharu bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk bersama Kerajaan dalam menjayakan pelaksanaan Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata, dalam hal ini, semua pihak yang terbabit perlu bersikap lebih peka dan proaktif dalam melaksanakan perancangan yang yang telah diputuskan.

“Sehubungan itu, saya berharap semua ahli-ahli majlis bekerjasama sebagai satu pasukan dan bertanggungjawab memastikan apa juga perancangan serta aspirasi kerajaan masa kini dapat dilaksanakan dengan telus dan berkesan.

“Mereka juga perlu lebih proaktif terutama dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Angkat Sumpah dan Upacara Penyerahan Watikah Pelantikan Ahli-ahli Majlis Daerah Lahad Datu, Semporna dan Kunak yang baharu bagi tahun 2023-2025 di Ballroom II, Borneo Royale Hotel di sini semalam.

Dr. Joachim berkata, ahli-ahli Majlis perlulah melengkapkan diri dengan ilmu dan kefahaman terhadap fungsi, peranan dan tugas bagi memudahkan mereka melaksanakan kewajipan dan merancang pembangunan.

Katanya, ini kerana pelantikan seseorang Ahli Majlis itu bertujuan untuk membantu PBT dalam membuat dasar, merancang dan memantau pelaksanaan program pembangunan di peringkat PBT.

Menurutnya, Ahli Majlis juga adalah barisan hadapan sekali gus perlu memahami peranan dan fungsi selain menegakkan integriti, ketelusan dan akauntabiliti awam.

“Dalam uşaha memberikan satu perubahan dalam pentadbiran dan pengurusan PBT, tugasan Ahli Majlis bukan setakat mendapatkan atau menerima aduan rakyat, tetapi dalam masa sama perlu mengamalkan turun padang, agar lebih jelas dengan masalah dihadapi penduduk setempat,” katanya.

Seramai 56 Ahli-ahli Majlis yang baharu dilantik menerima watikah pelantikan masing-masing pada majlis tersebut.

Bagi Daerah Lahad Datu jumlah Ahli Majlis yang telah dilantik seramai 20 orang manakala bagi Daerah Semporna dan Kunak masing-masing berjumlah 18 orang. 

Dr. Joachim percaya ini adalah pilihan yang terbaik dan gabungan pemikir yang cerdik dari tiga daerah yang pastinya mempunyai idea yang bernas ke arah memajukan kawasan nasing-masing.

“Saya dimaklumkan Ahli-ahli Majlis baharu yang dilantik ini datangnya daripada pelbagai latar belakang antaranya bekas Pegawai Daerah, pesara Jurutera, kontraktor dan juga ahli perniagaan.

“Amat bersesuaian dengan peranan mereka sebagai perantara di antara rakyat dan pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Daerah,” katanya yang mahu tiga Majlis Daerah tersebut terus mengamalkan konsep mesra pelanggan dan sentiasa berusaha mempermudahkan urusan pelanggan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Program ‘Education For Us’ mampu perkasa peranan PIBG

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya