HomeUtama"Budaya lama" penjawat awam minta komisen sukar dibanteras, kata PM Anwar

“Budaya lama” penjawat awam minta komisen sukar dibanteras, kata PM Anwar

Read Time:1 Minute, 44 Second

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui menerima laporan ada penjawat awam masih meminta komisen untuk sesuatu projek.

“Budaya lama” oleh kerajaan terdahulu itu sukar dibanteras, kata Anwar seperti dipetik agensi berita Free Malaysia Today.

“Kita tak boleh nafikan masih ada budaya…saya pun masih dengar orang minta komisen di pejabat saya, pejabat menteri, pejabat pegawai-pegawai.

“Ini kerana budaya lama itu mahu dibersihkan mengambil masa. Jadi saya minta kerjasama saudara-saudara, jika imej itu baik, dia mudah sekali (untuk dibersihkan),” katanya ketika berucap sempena perjumpaan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri.

Dalam perutusan Tahun Baru 2023 pada 31 Disember lalu, Perdana Menteri menegaskan beliau tidak akan bertolak ansur dengan tindakan segelintir penjawat awam mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa.

Beliau dipetik sebagai berkata walaupun ada perubahan ke arah lebih bersih, masih ada sekelompok kecil kakitangan kerajaan yang cuba mengutip habuan dan “hadiah” besar.

Mengulas lawatan rasmi empat hari ke China yang berakhir Sabtu lalu (1 Apr), Anwar berkata beberapa syarikat yang dahulunya memilih negara jiran sebagai hab serantau, kini bersetuju menjadikan Malaysia sebagai hab barunya.

Namun kata beliau, syarikat terbabit perlu mengutamakan pengambilan pekerja tempatan berkelayakan dan permohonan pekerja asing hanya akan diluluskan jika terbukti mereka tidak mempunyai tenaga pekerja mencukupi.

“Dengan syarat syarikat berkenaan perlu membuktikan ada usaha mengambil anak-anak tempatan kerana ia merupakan pelaburan puluhan bilion seperti minyak dan gas, farmaseutikal selain Geely-Proton.”

Dalam pada itu, Cuepacs mendakwa amalan meminta komisen dalam kalangan pegawai kerajaan terus berlaku disebabkan pemberi “selesa” dan perkara itu tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Presiden Adnan Mat berkata, beliau kecewa “barah meminta suapan dalam sistem perkhidmatan kerajaan” masih lagi ditegur perdana menteri, walaupun usaha membanteras gejala itu berulang kali dilaungkan.

“Sekarang, mereka (pemberi) sendiri merasakan amat selesa jika pegawai itu minta. Itu masalahnya.

“Jika pegawai itu minta, patutnya mereka lapor terus. Masalah yang berlaku sekarang adalah jika pegawai itu minta mereka (pemberi) merasakan amat selesa malah mereka ingin perkara (rasuah) itu berlaku,” katanya kepada portal itu lagi.

“Pihak luar memang ingin nak bagi, dia nak proses permohonan itu cepat melangkaui semua tatacara. Itu isunya,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan Semak Semula Arahan MKN No 20 Untuk Mantapkan Mekanisme Pengurusan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya