Pesara tentera dituduh terima rasuah RM15,000

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU: Seorang pesara tentera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah di sini, pada Selasa atas tuduhan menerima rasuah berjumlah RM15,000 pada 12 Mei 2014.

Tertuduh Azman Ariffin, 62, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Jason Anak Juga.

Menurut pertuduhan, pada sekitar bulan Ogos 2014, bertempat di Pintu Utama Suria Sabah Shopping Mall, Kota Kinabalu, tertuduh sebagai seorang ejen Kerajaan Malaysia, iaitu Pegawai Staff 2 Gaji / Belanjawan, yang bertugas di Markas Briged Ke-5 Infantri, Kem Lok Kawi, Sabah, telah secara rasuah menerima bagi diri kamu suatu suapan, iaitu wang tunai sebanyak RM15,000.00 daripada Kasriza Sudin sebagai upah untuk mengeluarkan Surat Tawaran Kerja-kerja Membersih Kawasan Kem 5 Briged bagi tempoh Kontrak dari 1 Jun 2014 sehingga 31 Mei 2015, nombor rujukan bertarikh 12 Mei 2014 atas nama SB Lui Enterprise.

Pertuduhan itu dikemukakan di bawah Skesyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) Akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, Azman boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai butir matan yang palsu atau silap itu jika butir matan yang palsu atau silap itu dapat dinilai atau dibentuk wang, atau sepuluh ribu ringgit, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Nurul Izzati Sapifee manakala tertuduh diwakili peguam Nohin & Partners.

Mahkamah menetapkan ikat jamin sebanyak RM20,000.00 (RM2,000.00 deposit) dengan seorang penjamin tempatan beserta syarat iaitu tertuduh perlu melapor diri di pejabat SPRM setiap dua bulan. Manakala pasport perlu diserahkan kepada Mahkamah.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *