HomeUtamaJAKIM nafi telah tetapkan tarikh Hari Raya Aidilfitri

JAKIM nafi telah tetapkan tarikh Hari Raya Aidilfitri

Read Time:52 Second

Kota Kinabalu : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini menafikan kenyataan berhubung penetapan tarikh hari raya Aidilfitri bagi tahun 1444H/2023M yang mendakwa dikeluarkan oleh jabatan berkenaan.

JAKIM dalam satu perkongsian di Facebook rasminya turut menasihati semua pihak agar menghormati proses penentuan rasmi tarikh hari raya di negara ini 

“JAKIM menafikan kenyataan yang dibuat oleh pihak tertentu mengenai penetapan tarikh hari raya Aidilfitri bagi tahun 1444H / 2023M yang mendakwa dikeluarkan oleh jabatan ini. 

“Semua pihak dinasihatkan supaya menghormati proses penentuan rasmi tarikh Hari Raya di negara ini yang dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja (PMBRR) selaku pihak yang diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja, ” menurut perkongsian itu di sini hari ini.

Pemberitahuan hari akhir Ramadan 1444H yang disebarkan menerusi media sosial menunjukkan pada 20 April manakala 1 Syawal pada 21 April.

Paparan itu menimbulkan spekulasi dalam kalangan warga maya mengenai tarikh Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Sebelum ini, JAKIM dalam kenyataannya, berkata cerapan Hilal Syawal bagi tahun ini adalah pada petang hari Khamis, 29 Ramadan 1444H bersamaan 20 April 2023. –SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

QSB kukuh kolaborasi dalam pengurusan kesihatan pekerja asing

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya