HomeUtamaMajlis Wanita KDCA hasilkan buku "Evolusi Pakaian Tradisional Etnik Sabah" (Jilid 1)

Majlis Wanita KDCA hasilkan buku “Evolusi Pakaian Tradisional Etnik Sabah” (Jilid 1)

Read Time:1 Minute, 42 Second

KOTA KINABALU: Majlis Wanita Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA) berjaya menghasilkan buku “Evolusi Pakaian Tradisional Etnik Sabah” (Jilid 1) berfungsi sebagai rujukan berguna untuk pelajar sekolah rendah, menengah dan universiti.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew memuji Majlis Wanita KDCA atas penghasilan pertama buku tersebut.

Beliau berkata, buku dwibahasa setebal 175 muka surat dengan ilustrasi berwarna-warni itu sebagai penerbitan yang unik, ia diselidiki dengan baik, mendidik dan bermaklumat.

“Sememangnya ia adalah karya agung. Syabas kepada Majlis Wanita KDCA dan Ia layak dihadiahkan kepada tetamu kenamaan atau tetamu asing yang berkunjung sebagai hadiah buku demi kepentingan pertukaran budaya,” katanya selepas menerima salinan buku daripada Pengerusi Majlis Wanita KDCA, Joanna Kitingan, baru-baru ini.

Disusun dan disunting oleh Joanna Kitingan dan Salbiah Kindoyop PhD, ia mempunyai lima bab dan diterbitkan tahun lepas.

“Kami mengambil masa satu tahun untuk mencapai apa yang kami rancangkan. Buku ini berfungsi sebagai rujukan berguna untuk pelajar sekolah rendah, menengah dan universiti. Ia bukan sahaja mengenai pakaian tradisional etnik tetapi juga mengandungi maklumat mengenai komuniti etnik di lima daerah,” kata Joanna, yang menjalankan penyelidikannya di Muzium Sabah.

Joanna yang juga bekas Pengara Muzium Sabah berkata, Majlis Wanita KDCA sedang mengusahakan edisi kedua yang dijangka siap tahun ini. “Jilid 2 adalah mengenai pakaian tradisional etnik dan kumpulan etnik di lima daerah lain.

Sementara itu, Pengerusi Penganjur Leo Liew memberi taklimat kepada Christina mengenai Pesta Makanan Antarabangsa Borneo 2023 yang julung kali diadakan dari 26 hingga 28 Mei di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

“Ini adalah pembukaan kepada sambutan Kaamatan peringkat Negeri. Kami sedang mewujudkan platform untuk pemain industri makanan dan minuman (F&B) mempamerkan menu dan juadah mereka.

“Terdapat kira-kira 150 gerai pameran yang mempamerkan masakan khas Malaysia dan negara Asia lain. Kami telah menjemput pakar dan penggemar makanan dari Taiwan, China, Thailand, Filipina dan Korea untuk menyertai pesta makanan itu,” katanya.

Leo menambah bahawa festival itu akan mewujudkan peluang kepada golongan muda untuk menceburi perniagaan francais F&B.

Menurutnya, pakaian tradisional kontemporari juga akan ditampilkan dalam pertunjukan fesyen semasa perayaan itu.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : 12 elemen penting diberi tumpuan tingkat potensi belia...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya