HomeUtamaTun Juhar terima kunjungan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Baharu

Tun Juhar terima kunjungan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Baharu

Read Time:51 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu: Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin menerima kunjungan hormat Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli, pada Selasa.

Kunjungan tersebut bertujuan untuk memperkenalkan diri sebagai Hakim Besar Sabah dan Sarawak baharu bagi menggantikan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim yang dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan.

Beliau yang berasal dari Sarawak bertugas sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan sebelum ini, kini memulakan tugas sebagai Hakim Besar Sabah dan Sarawak berkuatkuasa 17 Januari lalu.

Terdahulu, Tun Juhar turut menerima kunjungan dari Ketua Pegawai Operasi MASwings, Suresh Singam dan rombongan bagi memaklumkan perkembangan terkini berkenaan Malaysia Aviation Group (MAG) yang merangkumi operasi anak syarikatnya iaitu Malaysia Airlines, MASwings, AMAL dan Firefly.

Selain itu, beliau memaklumkan Malaysia Airlines dan MASwings kini sedang mengadakan promosi tambang diskaun sebanyak 20 peratus sehingga 12 April ini bagi penerbangan domestik bersempena Hari Raya yang bakal tiba untuk perjalanan laku sehingga 31 Jul 2023.

RELATED ARTICLES
Utama

Lapan mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas selamat dikebumikan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya