lelaki cedera parah, jentera pemampat jalan dipandunya terbabas

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:48 Second

LAHAD DATU: Seorang lelaki mengalami cedera parah selepas jentera pemampat jalan yang dipandunya terbabas sendiri di bahu Jalan Putatan, Batu 8 dekat sini pagi tadi.

Pasukan EMRS membawa mangsa ke hospital untuk rawatan lanjut. – Foto ihsan BBP Lahad Datu

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu PPgB Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 10.44 pagi tadi (4 April).

“Sepasukan Bomba dari BBP Lahad Datu tiba di lokasi mendapati satu kemalangan melibatkan sebuah jentera pemampat jalan telah terbabas sendiri di bahu jalan.

“Terdapat seorang mangsa dikenali sebagai Ibrahim Bulam,54, cedera parah di kaki yang juga merupakan pemandu jentera tersebut,” katanya ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

Menurutnya, mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam di tempat kejadian dan pihak Pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) telah memberi rawatan awal dan seterusnya membawa mangsa ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Operasi ditamatkan pada 11.22 pagi setelah memastikan tiada bahaya lain terlibat di lokasi kejadian,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *