HomeUtamaYayasan PETRONAS agih barangan makanan di bawah program “Memacu Kehidupan: Hari Raya...

Yayasan PETRONAS agih barangan makanan di bawah program “Memacu Kehidupan: Hari Raya Aidilfitri 2023”

Read Time:1 Minute, 25 Second

KOTA KINABALU: Yayasan PETRONAS mengagihkan 300 bakul makanan di Sabah dan 150 lagi di Labuan di bawah program “Memacu Kehidupan: Hari Raya Aidilfitri 2023” bagi menyokong inisiatif Bakul Rahmah di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Program itu yang disokong PETRONAS Dagangan Bhd, Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah serta Jabatan Kebajikan Masyarakat akan menyediakan keperluan makanan asas dan bekalan makanan perayaan seperti pulut, santan, pes rendang dan kuah kacang.

Kesemua penerima juga akan mendapat kad hadiah PETRONAS yang boleh digunakan untuk membeli petrol dan diesel serta barangan Kedai Mesra di stesen-stesen PETRONAS.

Naib Presiden Kanan Pelaksanaan Projek dan Teknologi PETRONAS Datuk Bacho Pilong berkata, melalui inisiatif Memacu Kehidupan, Yayasan PETRONAS menyumbang ke arah usaha meningkatkan kesejahteraan masyarakat.

“Kami memahami bahawa musim perayaan ada kalanya mencabar untuk mereka yang kurang bernasib baik. Yayasan PETRONAS komited untuk memainkan peranannya untuk menjadikan musim perayaan lebih ceria bagi golongan ini.

“Program Memacu Kehidupan ini dirangka untuk menyediakan bukan sahaja makanan, tetapi juga untuk mewujudkan rasa kemasyarakatan dan sokongan semasa musim perayaan,” kata Datuk Bacho pada majlis penyerahan bantuan makanan kepada Rumah Anak Yatim As-Sakinah Papar, yang merupakan antara penerima program itu.

Acara itu berlangsung sebelum majlis berbuka puasa bersama pegawai dan kakitangan kerajaan negeri di sini, semalam (5 April).

Penerima yang lain di Sabah termasuk Pusat Aktiviti Warga Emas Papar, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Papar, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Bongawan, serta penerima yang dikenal pasti di Kalabakan dan Kunak.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Datuk Dr Mohd Ariffin Mohd Arif; Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Jabatan Ketua Menteri Datuk Ag Shahminan Datuk Ag Sahari, serta Ketua PETRONAS Sabah dan Labuan Siti Ayu Abdul Wahab.

RELATED ARTICLES
Utama

Letusan Gunung Ruang: MET Malaysia keluar Amaran Cuaca Penerbangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya