HomeUtamaProgram pengakuan sukarela LHDN mulai 1 Jun

Program pengakuan sukarela LHDN mulai 1 Jun

Read Time:1 Minute, 0 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Program Pengakuan Secara Sukarela Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan bermula pada 1 Jun ini hingga 31 Mei 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr Mohd Nizom Sairi berkata, program tersebut memberi peluang kepada pembayar cukai melaporkan pendapatan tanpa dikenakan sebarang penalti. 

“Sepertimana diumumkan semasa belanjawan 2023, program ini menunjukkan keikhlasan kerajaan membantu rakyat dengan memberi ruang sama ada kepada individu mahupun perniagaan untuk tampil secara sukarela.

“Keistimewaan yang akan diberikan oleh kerajaan adalah pembayar cukai yang tampil tidak akan dikenakan sebarang kenaikan atau penalty,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Berbuka Puasa LHDN dan Apresiasi Media Sabah di sini semalam.

Mohd Nizom berkata, pihaknya akan menerima setiap laporan tanpa pertanyaan lanjut dan tahun-tahun di mana pelaporan ini dibuat juga tidak akan disemak atau dibuka untuk diaudit.

“Kepada yang belum pernah melaporkan atau mengisytiharkan pendapatan, inilah peluang untuk tampil secara sukarela dan bersama-sama melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai dalam usaha untuk membangun negara,” katanya.

Hadir sama, Pengarah LHDN Sabah, Datuk Hajam Lajah Alam dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian) LHDN, Wan Ramiza Wan Ghazali.

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular