HomeUtamaUniversiti Keusahawanan Koperasi mampu bantu bangunkan sektor koperasi di Malaysia

Universiti Keusahawanan Koperasi mampu bantu bangunkan sektor koperasi di Malaysia

Read Time:1 Minute, 28 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu: Penubuhan Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) yang bakal memulakan pengambilan pertama bulan depan diyakini mampu membantu membangunkan sektor koperasi di negara ini.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, sektor koperasi perlu beralih daripada menjalankan perniagaan secara konvensional kepada adaptasi teknologi dan digitalisasi.

Katanya, pihaknya menyokong sepenuhnya penubuhan universiti berkenaan yang telah diinisiatifkan oleh Institusi Koperasi Malaysia (IKMa).

“Saya percaya kita memerlukan graduan yang dilatih untuk membangunkan sektor koperasi di negara kita dimana secara keseluruhannya kita ada lebih 15,000 koperasi di negara kita yang melibatkan lebih tujuh juta anggota.

“Ia merupakan satu sektor yang besar dan kita mahu koperasi ini terus berkembang antara lain bagaimana agenda pendigitalan itu dapat diterapkan oleh koperasi-koperasi ini.  Saya percaya inilah antara lain bidang yang boleh dilaksanakan yang boleh diambil oleh pelajar universiti ini kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Bicara Ilmu Ramadan : Softlankan Hatimu dan majlis berbuka puasa anjuran IKMa Zon Sabah di sini semalam.

Ewon berkata, gerakan koperasi juga mampu mewujudkan satu sinergi yang berupaya untuk memperkasakan gerakan dalam memberi perkhidmatan kepada ahli-ahlinya seterusnya mampu mewujudkan satu pentadbiran yang baik.

“Inilah pentingnya kita tubuhkan universiti keusahawanan dan koperasi di negara ini dan saya mesti merekodkan penghargaan saya kepada IKMa dan pimpinan yang lepas kerana telah mengambil inisiatif dan Kerajaan hari ini seterusnya Kerajaan akan datang dapat terus memperkasakan universiti ini,” katanya.

Terdahulu, pada majlis itu, Ewon turut menyampaikan cek bantuan tanggungjawab sosial korporat (CSR) IKMa kepada beberapa institusi agama dan persatuan terpilih.

Antaranya Madrasah Darul Hadis DarSa Sabah; Persatuan Orang Kerdil Sabah; Sekolah Rendah Islam Kota Kinabalu (SRI KK) ; Society for the Prevention of Cruelty to Animals Kota Kinabalu (SPCA KK) dan Masjid IPD Penampang. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular