HomeIsu tempatanAtasi segera masalah kecurian kabel elektrik

Atasi segera masalah kecurian kabel elektrik

Read Time:51 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera bagi mengatasi kejadian kecurian kabel elektrik yang semakin berleluasa di negeri ini.

Naib Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Sim Fui berkata, rondaan secara berkala di kawasan-kawasan yang dikenal pasti menjadi ‘hot spot’ kepada kejadian curi kabel elektrik ini perlu giat dilaksanakan.

“Sebelum ini kejadian seumpamanya telah berlaku pada siang hari di kawasan premis Segama sehingga menyebabkan gangguan bekalan elektrik.

“Beberapa hari lalu,  Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dalam satu kenyataan memaklumkan gangguan bekalan elektrik yang berlaku di kawasan Menara Kinabalu disebabkan cubaan memotong dan mencuri kabel yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Sim Fui berkata, kerosakan itu juga telah menjejaskan bekalan ke beberapa kawasan di Alamesra, Likas dan Menara Kinabalu.

Katanya, kejadian seumpama itu sepatutnya tidak terjadi sekiranya pemantauan pihak berkuasa dilaksanakan secara berkala.

Tambahnya, kecurian itu juga akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi khususnya kepada sesebuah perniagaan yang gagal mendapat bekalan elektrik akibat perbuatan tidak bertanggungjawab berkenaan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya