HomeIsu tempatan3,000 pek bubuk lambuk diagih kepada Maahad Tahfiz, agensi Kerajaan

3,000 pek bubuk lambuk diagih kepada Maahad Tahfiz, agensi Kerajaan

Read Time:1 Minute, 54 Second

Kota Kinabalu : Sebanyak 3,000 pek bubur lambuk diagihkan kepada 20 agensi Kerajaan dan Maahad Tahfiz sekitar bandaraya Kota Kinabalu.

Majlis penyampaian agihan bubur lambuk itu turut dihadiri Penasihat Yayasan Nur Jauhar (YNJ), Toh Puan Norlidah R.M Jasni di Istana Seri Kinabalu, di sini semalam.

Antara Maahad Tahfiz yang menerima agihan ialah Madrasah Nurul Furqan Kampung Pandan Petagas, Maahad Tahfiz Istiqomah Sepanggar, Maahad Tahfiz Darul Ulum Seri Menanti, Maahad Tahfiz Al-Quran Al Jazari Kampung Beringgis, Maahad Tahfiz Kampung Benoni Papar dan Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Negeri Sabah Tanjung Aru.

Manakala agensi kerajaan pula terdiri daripada Hospital Queen Elizabeth (HQE), HQE II, Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu, Lima Divisyen Kem Lok Kawi dan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.

Turut menerima agihan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Masjid Nurul Hikmah Bukit Padang, Masjid Negeri Sabah, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), warga Istana Seri Kinabalu dan pegawai keselamatan, Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah dan Jabatan Penyiaran Negeri Sabah (RTM).

Hadir sama pada majlis tersebut, Penaung dan Penasihat Yayasan Nur Jauhar (YNJ)  Brigadier Jeneral Datuk Al Hambra Juhar, Setiausaha Sulit Kepada Tuan Yang Terutama, Datuk Abinan Asli, Setiausaha Perhubungan Tuan Yang Terutama, Mejar (K) Datuk Mohd Rashid Mohd Tahir,  Pengerusi Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS), Datuk Dr Omar Raisul As-Salam Syah Sulaiman Omar, Pengarah JBPM Sabah, Abd Razak Muda dan Timbalan Pengarah Penerangan Sabah, Supian Musa dan wakil IPK Sabah, Datin Laila Sagir.

Terdahulu, Pengerusi Yayasan Nur Jauhar (YNJ) yang juga Komander 507 Rejimen Askar Wataniah, Brigedier Jeneral Datuk Al Hambra Juhar berkata, program tahunan anjuran bersama Adabi Distribution Sdn. Bhd itu mendapat perhatian Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin dan Toh Puan Norlidah.

“Proses menyediakan bubur lambuk pada kali ini melibatkan enam agensi termasuk Rejimen 507 dengan kekuatan 10 anggota dan seorang pegawai.

“Program tahunan anjuran YNJ ini adalah dengan kerjasama Adabi Distribution Sdn Bhd. juga disertai oleh Tuan Yang Terutama Tun Juhar dan Toh Puan,” katanya. 

Bubur lambuk disediakan oleh Askar Wataniah 507, Kolej Komuniti Penampang, Persatuan Intelek Usahawan Wanita (SWISE) Sipitang, ahi-ahli JPBM Sabah, YNJ serta Adabi Distribution Sdn Bhd.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Maritim Malaysia tahan bot lakukan aktiviti pemindahan minyak tanpa kebenaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular