HomeIsu tempatanBengkel semakan HIRARC, langkah awal kawalan risiko di Kolej Kediaman

Bengkel semakan HIRARC, langkah awal kawalan risiko di Kolej Kediaman

Read Time:1 Minute, 0 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu:  Pusat Pengurusan NR dan Fasiliti Perumahan Pelajar (PNRF) Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengadakan Bengkel Semakan HIRARC Kluster Kolej Kediaman sebagai langkah awal dalam memastikan sebarang risiko keselamatan di kolej kediaman UMS dapat dikenal pasti.

Menurut Pengarah PNRF, Hasmi Hashim, semakan terhadap HIRARC (Hazard Identification, Risk Assessment and Risk Control) adalah penting bagi mengenal pasti bahaya dan cadangan langkah kawalan bahaya tersebut.

“Selain itu, bengkel ini juga diadakan bagi mengenal pasti, mengurus dan mengurangkan sebarang risiko yang terdedah di kolej kediaman, di samping memberi kefahaman dan latihan kepada kakitangan dalam menyediakan dokumen HIRARC.

“Usaha ini sekali gus dapat mengurangkan risiko dalam kalangan pelajar terutamanya yang tinggal di kolej kediaman dan seterusnya meningkatkan kualiti terhadap aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan di kediaman pelajar,” katanya.

Hasmi turut menyampaikan penghargaan kepada Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PKKP) yang diketuai oleh pengarahnya,  Prof. Dr. Khamisah Awang Lukman yang hadir untuk memberi bimbingan kepada kakitangan PNRF khususnya dalam penyediaan dokumen HIRARC.

Bengkel yang berlangsung selama dua hari di Bilik Seminar, Pusat Islam itu dihadiri lebih 15 orang warga PNRF yang terdiri daripada Pengetua, Timbalan Pengetua dan kakitangan pengurusan kolej kediaman. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

1,500 pengunjung meriahkan sambutan raya Pusat Alumni UMS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya