HomeIsu tempatanUMS terima sumbangan zakat MUIS

UMS terima sumbangan zakat MUIS

Read Time:1 Minute, 17 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) menerusi Bahagian Zakat dan Fitrah semalam menyerahkan sumbangan zakat berjumlah RM34,500 kepada Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Majlis sumbangan zakat itu disampaikan Penolong Setiausaha Kanan, Agihan Bahagian Zakat dan Fitrah MUIS Ustaz Saffruddin Manshuruddin kepada Pengerusi Lembaga Pengarah UMS Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Penyerahan itu turut disaksikan Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin yang juga merupakan Canselor UMS bersama-sama Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor.

Selain itu, Juhar turut menyaksikan acara penyerahan zakat wakalah Bank Islam Berhad berjumlah RM40,000 kepada UMS yang disampaikan oleh Pengarah Bank Islam Negeri Sabah, Nona Baria Sarudin.

Tun Juhar kemudiannya menyampaikan sumbangan agihan zakat kepada wakil pelajar dan wakil kakitangan UMS yang layak pada majlis berbuka puasa bersama kakitangan dan pelajar UMS pada Majlis Iftar Perdana @UMS yang diadakan di Pusat Islam UMS di sini malam tadi.

Majlis itu turut dihadiri isteri Tun Juhar Toh Puan Norlidah R. M. Jasni.

Sejumlah 1,198 pelajar dan 24 orang kakitangan UMS layak menerima agihan zakat tersebut, dengan bantuan zakat pelajar daripada golongan asnaf merangkumi bantuan sara diri, yuran pengajian, yuran asrama, dan bantuan untuk menjalani latihan industri.

Hadirin pada majlis tersebut kemudian mendengar sesi tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Ustaz Datuk Abdul Manap Lakaribah, sebelum berbuka puasa selepas berkumandangnya azan tepat jam 6.26 petang.

Juhar kemudian menunaikan Solat Maghrib, Isyak dan Solat Sunat Tarawih di Masjid UMS bersama kira-kira 300 kakitangan dan pelajar UMS. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 pelajar TARUMT hadir sebagai pemerhati sidang DUN Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya