HomeUtamaElak pembelian panik, bekalan makanan mencukupi sepanjang Aidilfitri - Salahuddin

Elak pembelian panik, bekalan makanan mencukupi sepanjang Aidilfitri – Salahuddin

Read Time:45 Second

BERNAMA

KOTA BHARU: Kerajaan memberi jaminan bahawa bekalan makanan adalah mencukupi sepanjang tempoh perayaan Aidilfitri.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata rakyat tidak perlu bimbang kerana pihak penguat kuasa sentiasa memantau bekalan barangan mentah seperti ayam, telur dan sayur-sayuran bagi memastikan sama ada ia mencukupi atau sebaliknya.

“Berbelanjalah dengan gembira dan jangan melakukan pembelian panik kerana pihak penguatkuasaan akan memantau bekalan setiap hari untuk memastikan ia mencukupi memandangkan permintaan tinggi menjelang Syawal,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Bazar Ramadan Rahmah di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini semalam (16 April).

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya segera membuat aduan sekiranya ada peniaga yang menaikkan harga barangan yang telah ditetapkan.

“Kita berharap orang ramai dapat menyemak senarai harga barangan yang kita umumkan supaya senang untuk kita kenal pasti peniaga terbabit kerana setiap aduan daripada pengguna kita akan ambil maklum,” katanya. — BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

Bakal jemaah haji Sabah perlu siapkan diri dari aspek mental, kekuatan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya