KPLB Sabah, LIGS meterai perjanjian pengurusan MESEJ Angalor

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:54 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah  telah mengadakan satu Sesi Meterai Perjanjian Pengurusan Mini Estet Sejahtera (MESEJ) Angalor, Kemabong Tenom.

Sesi meterai itu dilaksanakan diantara Kerajaan Negeri menerusi KPLB Sabah dan Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) di sini baru-baru ini.

Kerajaan Negeri diwakili Setiausaha Tetap KPLB Sabah, Datuk Norlijah Danin manakala LIGS diwakili Pengurus Besar LIGS Sabdil Tanjong.

Hadir sama menyaksikan sesi pemeteraian perjanjian tersebut ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim, dan Pengerusi LIGS, Datuk Edward Linggu.

Untuk rekod, Program MESEJ dirancang bagi meningkatkan lagi ekonomi rakyat di luar bandar khususnya daerah tersenarai daerah termiskin di negeri ini.

Pemeteraian perjanjian tersebut menandakan sebuah langkah penting dalam memastikan keberkesanan dan keberlanjutan program MESEJ.

Kerjasama di antara kerajaan Negeri Sabah dan LIGS tersebut bertujuan membantu mengurangkan jurang kemiskinan penduduk khususnya di kawasan luar bandar Sabah.

Program ini ternyata telah berhasil mencapai sasaran merubah kehidupan peserta program kepada keadaan yang lebih baik.

Langkah tersebut juga membuktikan bahawa kerajaan negeri Sabah amat komited dalam menjayakan program tersebut. – SABAH MEDIA

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *