HomeIsu tempatan15 pemain industri dilantik PemudahCara SMJ

15 pemain industri dilantik PemudahCara SMJ

Read Time:1 Minute, 27 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu: Sebanyak 15 pemain industri dilantik sebagai PemudahCara Sabah Maju Jaya (SMJ) yang menjadi platform untuk mendapatkan input, syor atau cadangan daripada pihak berkepentingan.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar Untong berkata, inisiatif PemudahCara SMJ ini adalah untuk mengenal pasti, menyemak semula dan menggantikan atau meminda peraturan yang tidak membantu dalam menjalankan perniagaan.

“Antara tugas sebagai ahli panel PemudahCara SMJ mengenal pasti beban peraturan, memberi pandangan dan maklumat bukti permasalahan.

“Proses ini dibuat melalui mesyuarat, bengkel, libat urus, forum atau persidangan,” katanya semasa Majlis Perjumpaan Dengan Pemain Industri dan Pelancaran PemudahCara SMJ di sini, baru-baru ini.

Safar berkata, penambahan ahli panel PemudahCara SMJ akan dipertimbangkan dari masa ke masa mengikut keperluan dan kehendak pihak berkepentingan.

Antara industri yang dilantik sebagai PemudahCara SMJ ialah Federation of Malaysia Manufacturers Sabah Representative Office (FMM Sabah Branch), Federation of Sabah Industries, Persatuan Pengusaha Kecil dan Sederhana Sabah, Majlis Penasihat Ekonomi Sabah (SEAC) dan Malaysia International Chamber of Commerce and Industry (MICCI).

Turut dilantik Majlis Professional Sabah, Gabungan Persatuan Cina Sabah, Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah (SHAREDA), Persatuan Hotel Sabah dan Sabah Young Entrepreneurs and Professionals (SAYAP).

Selain itu, beberapa dewan perniagaan turut dilantik sebagai ahli panel iaitu Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah, Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kadazandusun Malaysia (KCCI), Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Sabah (DPMM), Dewan Perniagaan Perniagaan dan Perindustrian Tionghua Kota Kinabalu dan Dewan Usahawan Melayu Sabah (DEUMESA).

Hadir sama, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri, Datuk Datu Rosmadi Datu Sulai yang juga Sekretariat SMJ.

Pada majlis sama, Safar turut melancarkan PocketBook GRP iaitu buku panduan yang akan digunakan oleh Penyelaras Peraturan (Regulatory Coordinator) dalam penyediaan Penyata Impak Peraturan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya