HomeUtamaSentiasa bersederhana, bijak berbelanja di Aidilfitri - Shahelmey

Sentiasa bersederhana, bijak berbelanja di Aidilfitri – Shahelmey

Read Time:2 Minute, 5 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Putatan : Umat Islam khususnya di negeri ini diseru untuk sentiasa bersederhana dalam membuat persiapan Aidilfitri selain lebih bijak dan berhemah dalam berbelanja.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, ini berikutan kelembapan ekonomi semasa dan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Shahelmey membuat cerapan menggunakan Total Station Leica TS 09 Plus milik JUPEM Sabah.

“Berbelanjalah dengan berhemah kerana dalam keceriaan menyambut perayaan ketika ini perlu ada rasa berhemah.

“Bersamalah kita meraikan Aidilfitri pada tahun ini dengan rasa penuh kesyukuran dan dalam masa yang sama juga bersederhana dan elakkanlah pembaziran dalam merayakannya,” katanya.

Arifin membuat cerapan menggunakan peralatan Jabatan Tanah dan Ukur Sabah melalui siri Total Station Topcon GTP7500 sambil diperhatikan Shahelmey (kiri).

Beliau berkata demikian  ketika ditemui pada Majlis Rukyah Hilal Syawal Negeri Sabah 2023 di Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil di sini semalam.

Pada majlis tersebut, sembilan petugas menganggotai Jawatankuasa Rukyah Hilal Negeri Sabah 2023 yang diketuai Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar. 

Bungsu mengetuai proses cerapan di pilar utama menggunakan peralatan JUPEM Sabah.

Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya turut mengingatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa mengutamakan keselamatan sepanjang musim perayaan.

Katanya, para pengguna jalan raya juga diingatkan untuk sentiasa memastikan keadaan kenderaan berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan terutama ketika balik ke kampung atau menghadiri rumah terbuka.

Penentukuran ke atas Total Station Leica TS 09 Plus milik Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Sabah sebelum proses cerapan bermula.

“Selain daripada itu, pastikan juga keadaan diri masing-masing terutama pemandu kenderaan agar sentiasa berada dalam keadaan sihat dan segar.

“Sekiranya terasa penat berhentilah seketika di tempat yang selamat agar keadaan fizikal kekal segar dan cergas terutama ketika melakukan pemanduan yang jauh dan diharap agar semuanya selamat sampai pergi dan balik ke destinasi yang dituju,” katanya.

Dalam pada itu, Bungsu berkata, cerapan anak bulan Syawal di Balai Cerap Al-Biruni pada tahun ini bermula jam 6.23 petang hingga 6.32 petang dengan ketinggian hilal (anak bulan) 1° 44 minit 5 saat dengan tempoh masa di atas ufuk selama 9 minit.

Timbalan Mufti Negeri Sabah, Datuk Abdul Manap Lakariba (kiri) menyampaikan taklimat teknikal kaedah cerapan anak bulan syawal.

“Proses cerapan sama turut dijalankan serentak di 29 lokasi lain seluruh Malaysia dan keputusannya akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja,” katanya.

Turut membuat cerapan, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif serta Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharam.

RELATED ARTICLES
EnglishLocal-englishPendapatUtama

An Inspiring Leadership that Celebrates and Reflects Sabah’s Values

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular