HomeUtamaAidilfitri wadah perpaduan kaum - Hajiji

Aidilfitri wadah perpaduan kaum – Hajiji

Read Time:1 Minute, 2 Second

Tuaran : Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini perlu dijadikan sebagai wadah perpaduan untuk masyarakat terus bersatu padu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, sambutan perayaan ini juga merupakan peluang yang baik untuk semua mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

“Saya menyeru agar kita semua merayakan sambutan Aidilfitri ini secara sederhana, kunjung-mengunjung di antara satu sama lain, merapatkan silaturahim dan juga menguatkan perpaduan di kalangan rakyat bukan sahaja di kalangan rakyat yang beragama Islam, tetapi juga mereka yang bukan beragama Islam.

“Sebagai sebuah masyarakat dalam satu negeri yang terdiri daripada berbilang kaum, kita dianjurkan supaya mengukuhkan perpaduan sesama kita tanpa mengira keturunan dan juga kepercayaan agama,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Haji Noor Serusup di sini pagi tadi.

Hajiji turut berhatap perayaan ini dapat diraikan secara sederhana dan meriah di kalangan masyarakat di mana saja mereka berada dan dikesempatan.

Beliau turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua rakyat di negeri ini.

Seramai 800 jemaah hadir bersama-sama menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama Ketua Menteri yang bermula pada jam 7.45 pagi dan selesai pada jam 8.30 pagi.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Sabah, Datuk Norjeli Dais.

RELATED ARTICLES
Utama

Orang ramai dijemput hadir ke pameran Pembentukan Malaysia Khamis depan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular