HomeUtamaGempa bumi berukuran 7.1 pada skala Richter Kepulauan Kermadec, tiada ancaman tsunami

Gempa bumi berukuran 7.1 pada skala Richter Kepulauan Kermadec, tiada ancaman tsunami

Read Time:26 Second

Kota Kinabalu : Satu gempa bumi kuat berukuran 7.1 pada skala Richter dikesan berlaku di Kepulauan Kermadec, New Zealand jam 8.41 pagi tadi. 

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, kejadian itu berlaku pada kedalaman 75 kilometer (km) di koordinat 29.9 darjah selatan dan 177.6 darjah barat.

“Gempa tersebut berlaku pada 1,037 km di timur laut dari Tauranga, New Zealand,” menurut kenyataan itu di sini sebentar tadi.

Bagaimanapun MetMalaysia berkata, gempa tersebut tidak membawa kepada ancaman tsunami kepada Malaysia. – SABAH MEDIA.

RELATED ARTICLES
Utama

Elak motosikal keluar simpang, pemandu Toyota Hilux hilang kawalan langgar 5...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular