Kemeriahan Aidilfitri kembali dirasai selepas pandemik

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:2 Minute, 34 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini kembali meriah khususnya mereka yang berkesempatan merayakannya di kampung masing-masing bersama keluarga, dan rakan-rakan.

Berbanding beberapa tahun sebelum ini, sambutan Aidilfitri mengalami kekangan wabak COVID-19 namun tahun ini suasana sambutan lebih meriah dan menceriakan.

Timbalan Pengerusi TABS Safa Bandaraya, Lokman Sunggim berkata, suasana perayaan aidilfitri kali ini memberi peluang kepada umat Islam berpeluang untuk balik ke kampung dan menyambutnya bersama keluarga masing-masing.

Katanya, ramai umat Islam beberapa tahun sebelum ini tidak ada kesempatan itu kerana situasi wabak yang tidak mengizinkan mereka berbuat demikian.

“Kami sekeluarga sendiri kali ini ada kesempatan bertemu dengan sanak saudara dan penduduk di kampung arwah bapa dan ibu mertua saya,” katanya ketika ditemui di sini.

Menurut beliau, Kampung Bandulon di Sepanggar sangat bermakna dan membawa banyak nostalgia kepada penduduk kerana kampung ini diasaskan oleh arwah ibu mertua, Zainah Godsung selain menjadi ketua kampung wanita yang pertama di kampung berkenaan sekitar tahun lewat 90-an.

“Ibu mertua saya seorang wanita yang berjiwa kental sehingga kampung ini dapat dibuka dan digazetkan oleh kerajaan ketika itu sehinggalah sekarang dan penduduknya meneruskan legasi itu,” tambahnya.

Beliau menerangkan sambutan setiap kali perayaan di kampung tersebut sentiasa menggamit kenangan malah keindahannya sentiasa terpelihara dengan suasana menghijau di persekitarannya menyejukkan mata memandang.

Ketua Kampung, Wahimin Jati, bekas pesara Yayasan Sabah kini meneruskan suasana harmoni dalam kalangan penduduk yang mendiami kampung tersebut dan sentiasa mengalu-alukan kehadiran pengunjung terutama di musim perayaan seperti hari raya aidilfitri ini.

“Kita perlu mewujudkan suasana yang lebih akrab dalam kalangan penduduk dan sentiasa ziarah-menziarahi pada musim perayaan demi mengeratkan lagi hubungan siratulrahim,” katanya.

Bagi Hilmy Lokman, seorang pegawai FGV di Felda Sahabat, kesempatan balik kampung bersama keluarga pada musim cuti perayaan dimanfaatkannya untuk bertemu kaum keluarga dan sahabat handai.

“Ya ini satu peluang untuk dapat bersama keluarga sekali-sekala disebabkan tugas, justeru kita manfaatkan sebaik-sebaiknya,” ujarnya.

Arin Lufti atau nama sebenar Hazrin Haipin, seorang pemuzik muda dan pencipta lagu suasana kampung dengan keindahan pokok-pokok menghijau di sekeliling menambah lagi keceriaan sambutan aidilfitri.

“Selepas balik dari solat aidilfitri dan menziarahi tanah perkuburan, kami mengabdikan gambar bersama pakcik dan sepupu-sepupu berlatarkan persekitaran kampung,” katanya.

Dia bersama isteri dan dua anaknya kemudian bergegas untuk balik ke kampung ibu mertuanya di Kota Belud.

Seorang pencipta lagu muda dan berbakat, Arin telah mencipta lagu popular “Raya kita” yang dinyanyikan oleh Najwa Latif, lagu “Ayuh Sabahku”, lagu rasmi kelab profesional Sabah FC dan bebarapa lagu kumpulan Cactus.

Selain bermain muzik dan mencipta lagu untuk penyanyi, Arin juga mencipta irama dan lagu untuk pengiklaann dan terbaru katanya, dia baru sahaja menyiapkan lagu untuk iklan air minuman Bayu Water.

Berkongsi sama kemeriahan aidilfitri tahun ini, pemain Sabah FC B23, Hizaz Lokman sambil menghulurkan duit raya kepada kanak-kanak.

Katanya, selepas cuti perayaan ini, pasukan mereka akan menyambung latihan sebelum menghadapi perlawanan dalam Kumpulan A Piala MFL.

Melalui dua penampilannya dalam pasukan dan sudah menghasilkan satu gol, penyerang itu berharap untuk menjaringkan lebih banyak gol dalam perlawanan selepas ini untuk membantu kemenangan pasukan Sabah FC. – SABAH MEDIA

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *