HomeUtamaPasca pandemik bukan penghalang rai Aidilfitri

Pasca pandemik bukan penghalang rai Aidilfitri

Read Time:2 Minute, 13 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu:  Cabaran ekonomi pasca pandemik COVID-19 khususnya di negeri ini bukanlah penghalang untuk masyarakat meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Konsulat Jeneral Republik Indonesia Kota Kinabalu, Rafail Walangitan berkata, menyambut Aidilfitri dengan amalan saling mengunjungi dan memaafkan dapat mengeratkan silaturahim serta ukhuwah kekeluargaan dalam kalangan masyarakat.

“Sambutan di Sabah ini sangat semarak, menyenangkan dan luar biasa kerana setelah sebulan berpuasa penuh hari ini (semalam) kita merayakan Idulfitri di mana kita saling memberi maaf, saling bertemu dengan sanak keluarga di minal aidil wal faizin.

“Suasana kekeluargaan yang ada di Sabah ini luar biasa dan budaya juga tidak jauh berbeza dengan Indonesia, pulang kampung ada, makan bersama ada, solat Idulfitri juga ada, jadi sangat seronok.

“Kami sudah dua tahun berlebaran di Sabah, kebetulan tahun lepas dan tahun ini keluarga datang dari Indonesia dan berkumpul di Kota Kinabalu untuk menikmati suasana Idulfitri yang semarak di sini,” katanya.

Mengenai cabaran pasca pandemik ketika menyambut Aidilfitri, beliau memaklumkan kebanyakan warga Indonesia yang bekerja di negeri ini mengambil langkah berhemah dan memilih cuti dengan tempoh yang optimum.

“Kelmarin Solat Sunat Aidilfitri di Konsulat Indonesia warga Indonesia yang menyertai sekitar 500 orang, ternyata ramai juga yang tidak bisa pulang kerana tempoh cuti pendek.

“Cuti rasmi hanya tujuh hari jadi untuk pulang ke Indonesia itu tidak sempat waktu, kalau pekerja imigran di sini, biasanya mengambil cuti dua minggu atau sebulan.

“Nanti setelah hari raya, baru mereka pulang kerana tiket sudah murah lagi dan menikmati cuti yang lebih panjang di kampung halaman,” katanya.

Beliau yang ditemani isteri, Oryza Sativa ditemui media dalam Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, di sini semalam.

Turut ditemui, Pengurus syarikat pembekal makanan, Sayed Meera Sayed Ali, berasal dari Wilayah Persekutuan Labuan berpendapat masyarakat menyambut Aidilfitri pasca pandemik secara sederhana tetapi meriah.

“Setiap perayaan kita sambut kerana di Sabah kita macam saudara tapi sambutan hari raya selepas COVID-19 agak sederhana tetapi meriah,” dedahnya.

Akur terhadap tanggungjawab sosial, Sayed Meera tetap menawarkan harga rahmah walaupun keuntungan syarikatnya mencatatkan penurunan berikutan kenaikan harga kos bahan mentah seperti telur, tepung, gula dan sebagainya.

“Bila harga naik, barang-barang pun tak dapat macam telur, minyak, gula, tepungbanyak demand kadang-kadang tidak cukup bekal makanan.

“Walaupun keuntungan kita sudah turun tapi harga kami letak tidak boleh tinggi, kita tengok juga harga macam mana kerana kami pun beli dengan harga mahal jadi setiap makanan tu kita hanya naikkan 10 sen, 20 sen,” tambahnya selepas menyertai rakan-rakannya dari Dewan Perniagaan India Muslim Sabah merakamkan gambar kenangan bersama Tun Juhar dan isteri, Toh Puan Norlidah di Istana Seri Kinabalu.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama SPSB, DPW menjadikan Sabah sebagai hab transhipment

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya