HomeIsu tempatanAcara Rumah Terbuka erat perpaduan kaum

Acara Rumah Terbuka erat perpaduan kaum

Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU: Acara rumah terbuka terutamanya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang disertai masyarakat berbilang bangsa merupakan titik pertemuan bagi masyarakat majmuk di Malaysia untuk mencapai erti perpaduan sebenar.

Konsep rumah terbuka sempena musim perayaan termasuk Hari Raya boleh merapatkan hubungan pemimpin dengan rakyat, selain memantapkan perpaduan dan muhibah di kalangan penduduk berbilang kaum.

Ketua Bahagian Gagasan Rakyat (PGRS) Usukan Datuk Japlin Akim berkata tradisi rumah terbuka secara tidak langsung merapatkan hubungan antara pemimpin dan rakyat. Menerusi majlis seperti ini perpaduan kaum dapat diperkukuhkan melalui budaya kunjung-mengunjung.

Beliau berkata, rakyat berbilang kaum di negeri ini bebas mengamalkan cara hidup tanpa sebarang diskriminasi termasuk menganjurkan sambutan sempena hari kebesaran sama ada Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali.

“Ini kerana kunjungan orang ramai ke majlis rumah terbuka anjuran pemimpin sempena musim perayaan dapat meningkatkan lagi kemesraan antara rakyat dengan pemimpin,”katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita Rumah Terbuka beliau di Taman BDC Kolombong hari ini.

Japlin berkata kestabilan dan kemakmuran dikecapi hasil kerjasama semua kaum membolehkan setiap perayaan utama etnik negara ini disambut bersama.

“Amalan saling kunjung-mengunjung terutama pada musim perayaan mampu mengeratkan perpaduan serta mengukuhkan perasaan kekitaan dalam kalangan masyarakat.

“Sempena Hari Raya Aidilfitri, gunakanlah kesempatan ini untuk kita sebarkan keharmonian dengan mengeratkan hubungan kekeluargaan dan memperteguhkan ukhuwah di kalangan umat Islam tanpa mengira latar belakang politik kepartian serta mengukuhkan keharmonian hubungan antara kaum,” katanya.

Turut hadir ke rumah terbuka beliau Ahli Parlimen Siptang Datuk Matbali Musah, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Datuk Redonah Bahanda.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Program Rakan BORNEENSIS 2024 pupuk kelestarian alam semula jadi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular