STF akan terima idea atau cadangan Menteri KePKAS demi kebaikan industri pelancongan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 36 Second

KOTA KINABALU: Persekutuan Pelancongan Sabah (STF) akan menerima sebarang idea atau cadangan daripada Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) demi kebaikan industri pelancongan, kata Presidennya Tonny Chew.

Beliau berkata STF berharap dapat meneruskan hubungan rapat dengan Datuk Christina Liew dan pasukannya di KePKAS.

“Perbincangan kami dengan Menteri membuahkan hasil. Beliau sangat terbuka apabila kami membincangkan cara untuk mengatasi cabaran yang dihadapi oleh organisasi anggota,” katanya yang mengetuai delegasi semasa mengadakan kunjungan hormat ke atas Christina, baru-baru ini.

Ahli STF terdiri daripada Sabah Tourist Association (STA), Malaysia Budget Hotel Association (MyBHA), Sabah Chapter, Persatuan Pemandu Pelancong Berlesen Bumiputera Negeri Sabah (PBB Sabah), Sabah Tourist Guides Association (STGA), Persatuan Homestay Sabah (PHS) , Malaysia Inbound Chinese Association (MICA), (Sabah Chapter), Sabah Backpacker Association (SBA), Malaysian Association of Hotels (MAH), (Sabah Chapter), Malaysia Chinese Tourism Association (MCTA), (Sabah Chapter) dan Sabah Hotel Association (SHA).

Hadir sama Pengerusi MyBHA Sabah Chapter James Ong, Pengerusi STGA Grace Leong, Pengerusi MICA Sabah Chapter Eddie Chan, Pengerusi SBA Jeffrey Tsang dan Pengerusi PHS Djuanis Mengirong.

Delegasi menyuarakan kebimbangan mereka mengenai beberapa isu seperti operasi pelancongan haram berterusan yang menjejaskan perniagaan pengendali pelancongan berlesen dan penyedia penginapan tidak terkawal seperti AirBnB dan kemudahan homestay haram.

“Kami menggesa Kerajaan menubuhkan panel bagi menangani masalah yang melanda sektor pelancongan di Sabah. Kami mahu pihak berkuasa menghentikan penggunaan ‘van putih’ secara haram oleh pihak tertentu untuk mengangkut pelancong dari satu tempat ke tempat lain,” kata Tonny.

“Mereka bukan sahaja melanggar undang-undang tetapi juga mendatangkan bahaya kepada keselamatan awam, memandangkan kenderaan itu tidak berdaftar dengan pihak berkuasa.

Sementara itu, STF meminta bantuan berhubung gangguan bekalan air terutama hotel-hotel ahli di kawasan KK Times Square.

Sementara itu, permintaan mereka (STF) kepada Kerajaan termasuk rebat 30 peratus ke atas bil elektrik dari Julai 2021 hingga kini dan diskaun istimewa untuk bil masa hadapan, dan perkhidmatan bas bandar percuma dari pusat bandar ke 1Borneo Hypermall dan bahagian lain di Kota Kinabalu.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *