HomeIsu tempatanRumah terbuka, kunjung mengunjungi eratkan perpaduan

Rumah terbuka, kunjung mengunjungi eratkan perpaduan

Read Time:1 Minute, 3 Second

Ranau : Amalan rumah terbuka dan kunjung mengunjungi semasa musim perayaan antara kunci utama bagi mengeratkan perpaduan masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata,  budaya mengadakan rumah terbuka juga membolehkan setiap kaum memahami budaya masyarakat lain.

“Amalan rumah terbuka adalah satu kemestian yang diamalkan oleh masyarakat kita sejak dahulu lagi setiap kali musim perayaan seperti Hari Raya, Krismas, Tahun Baharu Cina dan Kaamatan. 

“Oleh itu saya berharap budaya rumah terbuka ini diteruskan bagi membantu mengeratkan lagi perpaduan yang sedia terjalin dalam masyarakat kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilditri UPKO anjuran UPKO Bahagian Ramau, di Mini Dewan Kampung Lasing.

Ewon yang juga Ahli Parlimen Penampang mengalu-alukan orang ramai supaya menghadiri Karnival Usahawan dan Koperasi sempena sambutan Kaamatan UPKO di Dewan Tun Hamdan Tamparuli, pada 6 dan 7 Mei ini.

Pada majlis itu, Ewon menyampaikan sumbangan sejumlah RM9,000 kepada Rumah Putera Harapan Ranau (RPH), Rumah Anak Yatim dan Asnaf Kampung Silad Ranau dan SAR Al-Falah Kampung Pahu Himbaan Ranau.

Beliau turut memberikan sumbangan duit raya kepada warga emas, anak yatim dan asnaf daerah Ranau.

Turut hadir Ketua Bahagian UPKO Ranau Georgina George, Pengerusi penganjur Aduka Jasnin dan para pemimpin UPKO. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya