HomeUtamaCuaca panas: Sekolah diminta tangguh aktiviti luar bilik darjah

Cuaca panas: Sekolah diminta tangguh aktiviti luar bilik darjah

Read Time:1 Minute, 8 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) meminta semua institusi pendidikan di negara ini untuk memberi kerjasama menangguhkan aktiviti luar berikutan cuaca panas serta kering berpanjangan yang sedang melanda negara.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, ia termasuklah merentas desa, kawad, sebarang sukan dan permainan, perkhemahan serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) di luar bilik darjah.

“Mengambil kira cuaca panas dan kering berpanjangan yang sedang melanda negara, institusi pendidikan bawah KPM diminta menangguhkan terlebih dahulu aktiviti luar melibatkan pelajar, guru dan pensyarah.

“Saya menghargai segala usaha dan keprihatinan seluruh warga kementerian di semua peringkat demi kesihatan dan kesejahteraan pelajar serta murid,” katanya dalam satu ciapan di Twitter di sini hari ini. 

Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying sebelum ini berkata, sekolah perlu menghentikan semua aktiviti luar bilik darjah termasuk kokurikulum serta penganjuran sukan tahunan buat sementara waktu berikutan cuaca panas pada masa ini.

Katanya, meskipun tiada sekolah di negara ini ditutup ekoran cuaca panas setakat ini, namun pihak sekolah mesti mengambil langkah berhati-hati dalam keadaan cuaca sedemikian untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

KPM baru-baru ini turut memberikan kelonggaran khas kepada para pelajar dan guru untuk memakai pakaian atau baju sukan yang sopan semasa cuaca panas bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada kesihatan.

Pemakaian tali leher juga tidak diwajibkan bagi murid yang memakai pakaian seragam sekolah.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan negeri bantu penduduk kampung bayar bil elektrik tahun depan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular