HomeIsu tempatanWanita dirakam ketika buang air kecil

Wanita dirakam ketika buang air kecil

Read Time:1 Minute, 12 Second

RANAU: Seorang wanita mendakwa telah diintai dan dirakam oleh seorang lelaki menggunakan kamera telefon bimbit ketika sedang membuang air kecil di tandas awam dekat sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintenden Simiun Lomudin berkata, kejadian berlaku di salah sebuah stesen minyak Petronas berdekatan dengan Pekan Ranau pada Sabtu lepas (29 April).

“Ketika kejadian, pengadu dan suami dalam perjalanan ke Kota Kinabalu dan telah singgah sebentar di stesen minyak berkenaan untuk berehat dan menggunakan tandas.

“Menurut pengadu, ketika sedang membuang air kecil, pengadu tersedar ada pergerakan mencurigakan bahagian atas dinding tandas dan terkesan sebuah telefon bimbit sedang membuat rakaman terhadap pengadu,” katanya pada sidang media Rabu lalu.

Simiun berkata, pengadu kemudiannya telah bergegas keluar dari tandas dan telah mengenalpasti lelaki disyaki melakukan rakaman tersebut.

“Dengan bantuan suami pengadu, lelaki berkenaan telah dibawa ke Balai Polis Ranau dan diserahkan kepada pihak Polis sementara pengadu buat laporan berkaitan kejadian tersebut.

“Berikutan kejadian tersebut dan berdasarkan laporan yang dibuat pengadu, pihak Polis Ranau telah membuka kertas siasatan dan menangkap semula lelaki tersebut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan/ Seksyen 8 (1) (e) OKKNS,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Simiun menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan kes-kes sedemikian yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan tidak bermoral.

“Orang ramai diminta agar sentiasa membantu pihak polis untuk menyalurkan sebarang maklumat yang berkaitan dengan kejadian jenayah, kemalangan jalanraya atau apa-apa kejadian melibatkan salahlaku dengan kadar segera,” ujarnya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Pesta Kaamatan landasan terbaik kukuhkan ikatan perpaduan merentasi agama, bangsa dan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular