HomeUtamaKolokium Timbang Tara Antarabangsa 2023 diadakan 9 Mei ini

Kolokium Timbang Tara Antarabangsa 2023 diadakan 9 Mei ini

Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Satu Kolokium Timbang Tara Antarabangsa 2023 yang bertajuk ‘Kedaulatan dan Kekebalan Negara dalam Timbang Tara Komersial’ akan diadakan pada 9 Mei ini di Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia, Kuala Lumpur.

Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, kolokium itu diadakan bagi memberi pencerahan lebih terperinci berkaitan status semasa isu tuntutan pihak mendakwa waris kesultanan Sulu.

Katanya, Kolokium yang dianjurkan oleh
Asian International Arbitration Centre (AIAC), Universiti Malaya dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) akan memberi fokus kepada kesan Konvensyen Award Timbang Tara Antarabangsa (Konvensyen New York) dan kekebalan kedaulatan negara.

“Kolokium yang sama juga dirancang untuk diadakan di negeri Sabah dan beberapa negara antaranya United Kingdom selepas ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dalam perkembangan lain, Khairul berkata, di bawah kepimpinan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), satu Sekretariat Khas telah ditubuhkan bagi menangani tuntutan pihak mendakwa waris kesultanan Sulu ke atas Sabah secara lebih sistematik dengan hala tuju dan strategi yang jelas khususnya bagi menangani tuntutan Penuntut di Perancis, Belanda, Sepanyol dan Luxembourg setakat ini.

Selain itu, katanya, Kerajaan juga mengambil usaha diplomatik berterusan melalui Kementerian Luar Negeri bagi menerangkan isu sebenar dan implikasi tindakan Penuntut ini di negara-negara lain.

RELATED ARTICLES
Utama

DBKK laksana pemeriksaan berjadual ke atas pokok dibawah seliaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular