HomeUtamaBaki pelaksanaan projek LPB Sabah dijangka dimulakan tahun ini

Baki pelaksanaan projek LPB Sabah dijangka dimulakan tahun ini

Read Time:1 Minute, 42 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah yang masih berbaki beberapa pakej khususnya di Pantai Timur negeri ini dijangka akan dimulakan tahun ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, secara keseluruhan sebanyak 20 pakej lagi belum dimulakan dalam fasa satu projek itu yang dianggar membabitkan kos RM10 bilion hingga RM12 bilion.

Katanya, pakej baharu yang akan mula dilaksanakan pada tahun ini ditentukan menerusi satu makmal penilaian kerja yang dilaksanakan pada bulan ini.

“Status projek LPB setakat ini sedang berjalan dan terus berjalan manakala saya difahamkam dalam bulan ini satu makmal penilaian atau ‘value assesment’ (VA) akan dilakukan untuk memurnikan  pakej-pakej yang akan dilancarkan dalam tahun ini juga.

“Jadi saya amat berharap bahawa baki 20 pakej LPB fasa satu akan dapat mula dilaksanakan sebelum hujung tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) di sini hari ini.

Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya berkata, penilaian yang akan dibuat itu adalah bagi memastikan kos yang digunakan dapat diminimumkan selain reka bentuk boleh dioptimumkan bagi mengelakkan kos tambahan.

“Cuma disebabkan tertangguh pelaksanaannya dalam tempoh lebih dua tahun maka satu jawatankuasa melalui VA itu akan memurnikan dan memastikan bahawa nanti harga yang digunapakai dan lain-lain dapat diminimumkan selain mengurangkan kos apabila pelaksanaannya,” katanya.

Tambahnya, kebanyakan pakej kerja yang belum bermula ialah di laluan yang bermula dari simpang Tawau – Semporna ke Lahad Datu dan Kinabatangan serta dari Telupid ke Ranau.

Selain itu, katanya beberapa pakej lagi yang belum bermula setakat ini berada di laluan Tuaran – Simpang Mengayau, Kudat, iaitu di pantai barat dan utara negeri ini.

Dalam pada itu, Shahelmey berkata, pada isu pembiayaan yang lalu, projek berkenaan dibiayai oleh Sukuk namun konsep perkongsian penyampaian projek ditamatkan.

“Kini ia dibiayai melalui perbelanjaan pembangunan yang hanya meliputi RM1 bilion setahun yang dilihat tidak mencukupi.

 “Tetapi dengan pembentangan Bajet 2023 baru-baru ini, Menteri Kewangan Persekutuan telah mengumumkan terdapat peruntukan RM20 bilion untuk pelaksanaan LPB Sabah Sarawak,” katanya.- SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular