HomeIsu tempatanBot nelayan terbalik, mangsa dipercayai dibaham buaya

Bot nelayan terbalik, mangsa dipercayai dibaham buaya

Read Time:56 Second

LAHAD DATU: Seorang nelayan lelaki dilaporkan hilang dipercayai dibaham buaya selepas bot yang dinaiki terbalik di pantai Kampung Makuau, Tungku dekat sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Assisten Komisioner Dr. Rohan Shah Ahmad berkata, pada jam lebih kurang 10.28 malam tadi (12 Mei) pihak polis terima maklumat daripada orang awam melalui Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu menyatakan bahawa ada sebuah bot nelayan telah terbalik dan dipercayai mangsa telah dibaham buaya di pantai Kampung Makuau, Tungku dekat sini.

“Menurut saksi di tempat kejadian, dia memberitahu telah terdengar suara orang meminta tolong dari arah pantai.

“Apabila pengadu keluar dan menyuluh ke arah pantai, pengadu telah ternampak sebuah bot telah terbalik dan kelihatan seekor buaya sedang melibas-libaskan ekornya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Dr Rohan, jumlah mangsa yang terlibat dalam kejadian ini masih belum dikenal pasti. Sehingga kini mangsa belum ditemui.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) PDRM bersama lain-lain pasukan sahabat iaitu Pasukan Polis Marin (PPM), Wilayah 4 Lahad Datu, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Lahad Datu Dan Jabatan Hidupan Liar Lahad Datu sedang dijalankan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Peserta Sugandoi, golongan muda diseru pelihara, promosi budaya Kaamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya