HomeUtamaHayati nilai, makna disebalik SMJ, Malaysia Madani

Hayati nilai, makna disebalik SMJ, Malaysia Madani

Read Time:2 Minute, 16 Second

Papar :   Penjawat awam digesa menghayati nilai dan makna di sebalik Gagasan Malaysia Madani dan menjajarkan Hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) agar selari.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah Sarawak dan Tugas-tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali berkata, penjawat awam, anggota pentadbiran serta pemimpin masyarakat memainkan peranan penting dalam memastikan Hala Tuju SMJ yang telah digariskan Kerajaan Negeri dan gagasan Perdana Menteri, ‘Membangun Malaysia Madani’ dapat tercapai.

“Peranan penjawat awam ini cukup penting, hubungan sinergi di antara para penjawat awam, anggota pentadbiran dan pemimpin masyarakat cukup penting untuk memastikan kita dapat melaksanakan apa juga agenda yang ditetapkan oleh kerajaan, Hala Tuju SMJ yg telah digariskan oleh kerajaan negeri dan Gagasan Malaysia Madani.

“Paling penting adalah matlamat, tekad untuk memastikan kita dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik membawa kesejahteraan kepada masyarakat sekaligus membawa keharmonian kepada masyarakat dan pembangunan negara. 

“Saya berharap para penjawat awam kita faham bahawa kerajaan negeri mempunyai hala tuju yang jelas melalui SMJ, komitmen kerajaan persekutuan melalui penurunan kuasa projek RM50 juta boleh dilaksanakan oleh kerajaan negeri, Sabah dan Sarawak,” katanya. 

Beliau menyifatkan penurunan kuasa tersebut sebagai percubaan untuk membuktikan sejauh mana kemampuan dan prestasi agensi negeri, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk melaksanakan kuasa yang telah diberikan.

“Walaupun agenda itu JKR dan JPS, namun bagi saya ia melibatkan semua agensi di peringkat daerah termasuk Pejabat Daerah, Jabatan Tanah dari segi perolehan tanah. 

“Jadi, kita mahukan penurunan kuasa, akhirnya tanggungjawab itu kembali kepada kita para penjawat awam negeri untuk kita memastikan kita mempunyai keupayaan untuk melaksanakan tanggungjawab projek-projek pembangunan persekutuan yang telah diturun kuasakan.

“Pada saya, Perdana Menteri cuba menyampaikan mesej yang jelas kepada penjawat awam kepada pimpinan kerajaan negeri supaya melaksanakan pertanggungjawaban. 

“Hak itu hadir bersama tanggungjawab untuk kita memastikan yang paling penting projek-projek ini dapat disiapkan segera untuk kepentingan masyarakat di daerah Papar dan di Sabah secara keseluruhannya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media dalam Majlis Warna Wani Aidilfitri Pejabat Daerah Bersama Jabatan dan Agensi di sini, semalam.

Mengenai majlis terbabit, Armizan yang juga Ahli Parlimen Papar menjelaskan majlis seumpama mampu merapatkan lagi hubungan, persefahaman dan permuafakatan dalam kalangan penjawat awam negeri dan persekutuan peringkat daerah serta pemimpin setempat.

“Menerusi majlis ini hubungan kerjasama melalui jabatan-jabatan dapat diperkukuhkan dan ia adalah satu inisiatif yang cukup baik.

“Bagi saya, kehadiran saya dan pemimpin masyarakat hari ini adalah tanda penghargaan dan pengiktirafan tinggi kita kepada peranan penting penjawat selaku pelaksana dasar di peringkat akar umbi di peringkat daerah,” katanya. 

Pada majlis itu, Armizan diiringi Pegawai Daerah, Mohd Fuad Abdullah meluangkan masa beramah mesra dengan para tetamu serta menyampaikan sijil serta cenderamata kepada wakil-wakil jabatan.

RELATED ARTICLES
Utama

Mangsa samun ditetak, patah tulang, luka lengan kanan dan kiri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya