HomeIsu tempatanAnggota bomba maut, motosikal langgar kerbau

Anggota bomba maut, motosikal langgar kerbau

Read Time:50 Second

KUALA PENYU: Seorang anggota bomba maut selepas motosikal yang ditunggang terlanggar kerbau di jalan Kampung Purun dekat sini malam tadi (12 Mei).

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, mangsa PB Mohd Haziq Abdul Jalil, 32, disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Penyu oleh Pegawai Perubatan.

“Pasukan bomba bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima penggilan kecemasan pada jam 9.30 malam tadi mengenai kejadian itu.

“Ketua operasi melaporkan satu kemalangan melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha LC yang ditunggang oleh mangsa telah melanggar seekor kerbau.

“Terdapat seorang mangsa lelaki terlibat iaitu anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis dalam perjalanan balik dari kerja (shift pagi) dari jalan Purun ke Kuala Penyu, ditemui oleh orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Seterusnya mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Penyu oleh pihak ambulan sebelum ketibaan pasukan bomba.

“Namun mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Penyu oleh Pegawai Perubatan. Operasi ditamatkan pada jam 10.40 malam,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Gandingan ayah, anak cipta legasi keluarga cemerlang dalam akademik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular