HomeSukanShahelmey presiden baharu SAFA

Shahelmey presiden baharu SAFA

Read Time:1 Minute, 42 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya secara rasmi mengambil alih jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) selepas menang tanpa bertanding pada pemilihan badan induk bola sepak negeri itu bagi sesi 2023 – 2027 di sini hari ini.

Selain Shahelmey, turut diumumkan menang tanpa bertanding bagi jawatan tertinggi badan induk itu adalah jawatan Timbalan Presiden SAFA yang disandang Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan dan Pengarah Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Sabah Datuk Awang Kadin Tang.

Pemilihan bagi empat jawatan Naib Presiden SAFA menyaksikan lima calon bersaing merebut jawatan itu selain 13 calon Ahli Majlis Tertinggi (AMT) merebut lapan tempat yang disediakan.

Empat Naib Presiden baharu SAFA yang menang pada pemilihan itu ialah bekas Presiden SAFA pada 2018, Alijus Sipil; diikuti Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Fairuz Renddan; Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Ruddy Awah dan Pengerusi Keningau FA, Rafie Robert.

Alijus ketika ditemui berkata, kongres dan pemilihan SAFA yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) itu berjalan lancer dan tidak menimbulkan banyak isu.

“Pada hari ini, saya mewakili presiden baharu SAFA menyampaikan ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua ahli gabungan SAFA daerah kerana telah menjayakan mesyuarat congress tahun 2022 ini dengan jayanya.

“Tidak banyak isu yang timbul dalam pemilihan kali ini dan kita akan kemukakan laporan perjalanan mesyuarat ini kepada Pesuruhjaya Sukan Sabah,” katanya.

Dalam pada itu, Alijus berkata, dua lagi jawatan iaitu Setiausaha dan Bendahari Agong akan dilantik oleh Presiden yang akan diumumkan selepas mesyuarat eksekutif SAFA yang pertama di bawah kepemimpinan baharu.

“Kita berharap untuk meneruskam apa juga yang baik dilaksanakan oleh kepemimpinan terdahulu dan kami juga akan berusaha meningkatkan mana kekurangan dan memperbaiki urus tabir SAFA.

“Semua ini demi kemajuan bola sepak Sabah, bukan ada kepentingan untuk diri sendiri,” katanya.

Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya Sabah sebelum ini diamanahkan sebagai menteri bertanggungjawab terhadap hal ehwal SAFA berikutan peletakan penyandang presiden, Datuk Seri Bung Moktar Radin susulan kemelut politik Sabah pada Januari lalu. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

34 pasukan jayakan Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Kuala Penyu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular