HomeUtamaPengurusan lebih efisien pastikan projek siap mengikut jadual

Pengurusan lebih efisien pastikan projek siap mengikut jadual

Read Time:1 Minute, 13 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Lahad Datu: Pelaksanaan projek pembangunan terutama yang melibatkan keperluan rakyat seperti Loji Rawatan Air (LRA) memerlukan pengurusan yang lebih efisien selain berkesan agar dapat disiapkan mengikut jadual ditetapkan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, projek yang telah dilaksanakan itu perlu disiapkan segera bagi memastikan bekalan air bersih dapat disalurkan kepada penduduk khususnya di daerah ini.

“Hari ini saya ada melakukan tinjauan mengejut bagi melihat sendiri kemajuan kerja projek bekalan air atau LRA dan juga intake di kawasan Sungai Segama.

“Saya dimaklumkan bahawa keadaan bekalan air di Lahad Datu kurang mencukupi buat masa sekarang dan projek tersebut sedang mengalami kelewatan.  Sebab itulah saya datang secara mengejut bagi melihat sendiri perkembangan projek ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya di Kampung Sepagaya di sini hari ini.

Terdahulu, Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya Sabah mengadakan lawatan mengejut ke LRA Lahad Datu Fasa Satu.

Katanya, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) bagi memastikan projek berkenaan disiapkan mengikut jangka masa yang ditetapkan.

“Jika ianya dibiarkan terlalu lama, maka masalah yang timbul akan berlaku iaitu kekurangan bekalan air dan keduanya adalah kos barang binaan yang semakin meningkat.

“Jika projek ini berlarutan terlalu lama maka kosnya akan ditanggung dan dibebani oleh Kerajaan, jadi itulah kita memerlukan satu pengurusan projek yang lebih efisien untuk memastikan projek siap dan bekalan dapat diberikan kepada penduduk sekitar Lahad Datu,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular