LKTNS laksana PPK libatkan pembangunan komuniti di tiga daerah di Sabah

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 24 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) giat melaksanakan Projek Pemajuan Kawasan (PPK) melibatkan pembangunan komuniti di tiga buah daerah di Sabah.

Pengurus Besar LKTNS, Syaheddrul R Joddari berkata, antara daerah terlibat adalah di Kota Marudu, Paitan dan Sukau.

Katanya, bagi daerah Kota Marudu, projek berkenaan telah bermula pada tahun lalu manakala dua lagi projek dijangka akan bermula akhir tahun ini.

“Dari segi impak itu, LKTNS sedang meletakkan agensi ini menjadi salah satu agensi ‘food security’ di Sabah. 

Pengurus Besar LKTNS, Syaheddrul R Joddari

“Maka dengan itu kita telah mula membuka kawasan dan bercadang untuk membuka kawasan penanaman pagi di Papar dan juga Tuaran.  Begitu juga dengan tanaman kelapa selain lembu tenusu di sebelah pantai barat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Riang Ria Aidilfitri LKTNS di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Syaheddrul berkata, selain itu, LKTNS turut menumpukan kepada kepelbagaian projek selain tidak hanya tertumpu kepada projek tanaman sawit semata-mata tetapi juga mengutamakan tanaman jenis kontan.

Katanya, antara projek tesebut adalah seperti penanaman halia, nanas, pisang, cili dan sebagainnya.

Dalam pada itu program Riang Ria Aidilfitri seumpama akan dilaksanakan di sebelah pantai timur dan pantai barat bagi meraikan seramai hampir 7,000 peneroka peserta serta kakitangan LKTNS.

Beliau turut berkata, keadaan cuaca panas melampau pada ketika ini dilihat memberi keadaan positif dalam menyumbang kepada pengeluaran buah yang banyak bagi tanaman berkaitan.

“Namun saya menasihati kakitangan agar kerap minum air dan ambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak serangan strok haba,” katanya.

Menurutnya, LKTNS turut menjangkakan pada tahun ini bayaran dividen akan meningkat antara RM25 hingga RM28  juta dan hanya diketahui akhir tahun ini. – SABAH MEDIA

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *