SK Tobobon terima sumbangan naik taraf kemudahan Pusat Sumber

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:59 Second

KOTA KINABALU: Sekolah Kebangsaan (SK) Tobobon, Menggatal di sini menerima sumbangan dari sebuah syarikat swasta F&N Beverages Marketing Sdn Bhd sebagai salah satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat itu.

Sumbangan berupa buku bacaan bernilai RM5,000 dan dua set unit penyaman udara, tikar lantai getah dan langsir adalah untuk membantu pihak sekolah menaik taraf kemudahan pusat sumber sekolah untuk keselesaan semua pelajar di sekolah berkenaan.

Penyerahan sumbangan oleh syarikat berkenaan berlangsung di sekolah tersebut pada 10 Mei lalu.

Majlis penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sabah yang baharu, Raisin Saidin dan menyaksikan Pengarah Jualan F&N Beverages Marketing Sdn Bhd, Frederick Hi menyampaikan sumbangan kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tobobon, Ag. Ghani Ag. Bakar.

Sementara itu, Frederick berkata, jumlah keseluruhan sumbangan yang telah diberikan itu bernilai RM14.000.

“Semoga sumbangan yang kami berikan ini dapat memberi manfaat dan impak yang positif pada semua murid SK Tobobon di sini,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Majlis turut disaksikan oleh Pengurus, Perhubungan Korporat & Perhubungan Kerajaan, Valerian H Petrus, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu Suhaimi Matshah dan Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Tobobon, Datuk Fadilah Sarbi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *